MESTI YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI!
KERANA DENGAN KEYAKINAN, USAHA ANDA AKAN BERGANDA!!!

Thursday, May 19, 2011

Sambutan Hari Guru SMK Pasir Gudang 2011






Assalamualaikum!
Sihat tak?
Alhamdulillah sihat ya?
Beria tak?.. wuuuhhuuu soalan tu....

Ok nak selitkan sedikit kisah Hari Guru...
Semenjak Positif ni kan.. heheheheeh
Terima Kasih, Syukran, Shesheni, Nandri, Thank You, dan yang semakna dengannya,
kepada semua pihak terutamanya kepada : PIBG, Pn Hjh Saleha Wahab, Pn Hawa, Pengawas, KEBIRUS, Koperasi, PSS, PRS, semua pelajar yang membuat persembahan, pemain genderang penyambut guru-guru dan semua pihak yang memberi ucapan melalui facebook mahupun melalui sms...
Alhamdulillah! Syukur!
Semoga ukhuwah sentiasa terjalin, kebahagiaan menjadi milik kita, di dunia dan juga di akhirat..
Semoga saya menjadi guru yang diredhai Allah, dikasih dan disenangi semua orang...

Arigato...
Terima kasih!

Monday, May 9, 2011

Komplen?....

Assalamualaikum...
Alamak!... entahla?...
Jawapan kepada aduan beberapa pihak yang serba tak menyokong aktiviti terutamanya Kem Kepimpinan Pengawas SMK Pasir Gudang, baru-baru ini... alahai....

Walau apapun, kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati..
Macam nilah, kalau hendak melihat anak sendiri berdikari, berjaya, mengenang budi, jangan sesekali, di depan anak membela mereka, jika jelas lagi bersuluh anak itu salah. walaupun anak tak salah, janganlah terlalu ego sangat sampai nak mencari kesalahan guru, nak menegangkan apa-apa yang tak tegak. Kelak, akan membinasakan diri sendiri. Remaja akan belajar bahawa, guru boleh dicabar, guru tak betul, guru boleh dimarah, boleh dikomplen.. tak mengapalah, kalau tak boleh sangat nak mengalah... kami pihak guru akan mengalah, kerana yang akan kalah bukannya kami, tetapi individu yang terus-menerus tak memahami kehendak pendidikan.. bukan senang nak jadi guru ni .. Ingatlah, sekali anda mengenepikan perasaan guru, atau anda seolah-olah nak memenangkan diri anda, silakan...Dah banyak kes dah... ibu bapa yang mulanya membela anak atas apa-apa jua kes, akhirnya akan menangis kerana diperlakukan oleh anak yang ditatang itu tadi.. Percayalah, (bukan berniat nak mendoakan yang buruk-buruk, tapi natijahnya, Allah itu Maha Kaya, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Mengasihani..) Kami para guru sepakat, seia sekata akan menjalankan tugas kami semampu yang boleh.. kami pun manusia biasa juga... biasalah kalau buat silap sana sini.. alah beralah lah.. janganlah sampai nak menang sangat....ingat, dunia ni bukan milik kita seorang.. ada masa kita akan minta bantuan orang lain juga nanti...
Apapun, yang busuk jangan disimpan...Berfikirlah mengikut kata akal, bukan mengikut kata hati.. janganlah buat konklusi sendiri dengan membuat andaian semata-mata... Kalau rasa kami ni tak pandai nak ajar anak anda, terpulanglah...cikgu pun ada perasaan juga.... Saya menulis kerana merasa terpanggil untuk menulis, ini pendapat peribadi saya sendiri.. Benda dah jadi.. janganlah dipanjang-panjangkan lagi... sudah-sudah le mancari salah cikgu....
Kepada semua rakan-rakan guru, jadikanlah kritikan, hinaan, celaan, anggapan buruk, komplen, aduan tidak membina sebagai pengajaran.. ada hikmah di sebalik semua ini. Allah menguji kita, buatlah yang terbaik, buangkan yang buruk.. Memang, keburukan kita hanya musuh sahaja yang nampak... Bersyukur kita masih ada yang menegur... Wallahua'lam..

Friday, May 6, 2011

SELAMAT HARI IBU...




Assalamualaikum... Selamat menyambut Hari Ibu buat Bonda Tercinta, Puan Hjh Halimah Binti Buyong....
Juga buat Bonda mertua, Puan Hjh Ngah Tinah, tak lupa buat nenda, Hjh Ramlah dan semua ibu saudaraku yang telah banyak memberi inspirasi, ilmu, pengalaman, didikan dunia dan akhirat, belaian kasih sayang, tunjuk ajar, dorongan dan sebagainya... Bantuan dari segi rohani, emosi dan kebendaan... Segala yang terbaik darimu, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Ampunkan segala dosa, halalkan makan minum... Semoga bonda semua di dalam lindungan rahmat Allah, sentiasa dalam keberkatanNya.. Kepada arwah Nenda Hjh Harum Binti Sood, semoga rohmu berada dalam kalangan hamba Allah yang dirahmati dan mendapat tempat yang mulia di sisiNya. Bila jauh di rantau orang, rasa rindu sangat menebal..Insya Allah, cuti sekolah nanti, kami akan pulang ke kampung halaman, Ipoh dan gombak.. dapatlah bermanja-manja... kepada Ibu, kakak sayang ibu, terima kasih atas pengorbanan ibu selama ini, yang terbaik!
Kepada Ibu mertua, terima kasih kerana tak jemu-jemu menyayangi kami, kami anak-anak mu, suami isteri amat menyayangi mu...
Ya Allah, berkati hidup insan-insan yang bernama ibu, jadikanlah mereka hambaMu yang soleh, janganlah KAun uji mereka dengan ujian yang tidak boleh mereka tanggung. Ya Allah, lindungilah mereka dunia dan akhirat...

Kepada anak-anak mummy, be the best!

Hari-hari yang menghiburkan...



Assalamualaikum.... Hari Sabtu, hari ganti cuti Deepavali... Kerja, kerja, kerja.. hari ni ramai juga yang datang tanya... Zila kenapa dah lama tak bagi Motivasi?.. eemmmmm....Tahniah dan terima kasih kepada yang prihatin...saya yakin saya ni masih disayangi... Tak ada apa-apalah..cuma nak mencari kekuatan diri, memotivasi diri sebelum memberi motivasi kepada orang lain.. sejak akhir-akhir ini saya banyak menerima 'cas-cas' negatif dari persekitaran saya, jadi perlu bagi saya mencari cas-cas positif semula... Mungkin selepas Hari Guru saya akan bermula semula... Harap-harap Allah membantu saya dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai pendidik ni... Entahla ya...
Ok la.. terima kasih kepada yang sudi mendekati, menasihati, meyokong, menegur diri ini... Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik kalian...

Thursday, May 5, 2011

Aku Ada Kamu!!!!



Lirik Lagu Ku Ada Kamu - Adira AF8

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Ku Ada Kamu - Adira AF8 Lirik




Harap-haraplah ada pelajar yang dedicate lagu ni untuk saya masa hari guru nanti... hahahahaahahah! Yang Ado!

Ada ke patut....................?

Assalamualaikum.... anda hebat? atau luar biasa hebat? mantap dari segala segi? alhamdulillah.... Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kurniaanNya, kita dapat bertemu lagi di ruangan maya ini... Cikgu harap semuanya dalam keadaan bersih, rohani dan jasmani... hehehe..
Hari ni sempena kehadiran Hari Guru tidak lama lagi... 16 Mei 2011, cikgu nak buat ulasan sikit...
Ada kah saya patut...mengambil cuti pada hari tersebut? bukan apa, setelah insiden dengan barisan pengawas atau lebih tepat lagi dengan exco-exco pengawas, cikgu rasa dan cikgu fikir, cikgu tak mahu sambut Hari Guru tahun ini... Saya ada dapat cerita-ceriti, kali ini exco2 pengawas yang merancang untuk buat undian guru, (biasala tiap2 tahun ada undian ala-ala bintang pupular gitu).. waktu mereka berbincang tentang kategori, siap tolak kategori yang mana kategori itu dijangka macam saya (Pn Norzila Othman) boleh menang... memang lah tidak dinafikan, sepanjang 2 kali Hari Guru di SMK Pasir Gudang, saya ada dapat anugerah.... Di sekolah lama dulu pun , ada jugalah... tapi bukannya sebab saya promosi atau rasuah sesiapa....alahai... kenapa macam ada unsur tak puas hati dengan saya ni? senang, jangan letak nama saya sebagai calon lah... potong je terus dari senarai nama guru... kan senang. Macamlah setiap kali ada anugerah saya akan bolot semuanya! Popular sangat kah saya ni? Tak kan?.. Entahla.. kalau saya yang tak profesional, saya tak mampulah nak komen apa-apa.. Kalau saya teremosi, entahla sebab apa... Acap kali, kehadiran guru Bimbingan dan Kaunseling memang dipandang sepi bila tiba sambutan Hari Guru.. Kami ni jarang-jarang masuk kelas mengajar, cuma bercakap di perhimpunan sekolah, sekali-sekala...memanglah 'glamer' tapi impak untuk dikenang oleh pelajar tak pernah menjadi misi dan visi Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kemenjadian pelajar lebih penting bagi kami. Kami menjalankan tugas seadanya, menyebarkan maklumat kerjaya dan juga memberi input motivasi. Bukan suka-suka nak 'beriya' di tapak perhimpunan. Kami bukanlah artis yang dahagakan sokongan atau undian peminat, meraih populariti. Sebab tak jual CD atau berlakon mana-mana filem pun! Walaupun standard dikenali oleh semua warga sekolah itu penting bagi seseorang GBK, tapi bukan untuk popular, tetapi untuk memberi makluman bahawa kami wujud di sekolah dan boleh membantu.. Kami diminta untuk membuat promosi, itu ada dalam skop tugas kami. Semua pelajar adalah pelajar kami, tidak kira bangsa, agama, keturunan, tahap SES keluarga, dan sebagainya. Kami seboleh-bolehnya dan wajib menerima anda tanpa syarat. Tapi jika anda menilai saya dan meletakkkan syarat-syarat tertentu kepada saya, terpulanglah. Cuma apa yang ingin saya pertegaskan di sini ialah, janganlah buat seorang guru seperti seorang peminta sedekah.. Walau pun seorang peminta sedekah itu pun tak wajar dihina, Inikan pula hati seorang guru. Tak mengapalah, sebagaimana yang saya dah rancang-rancang, tahun ini, sambutan hari guru tahun ni, tida lagi idea-idea glamer atau kreatif, malah saya akan cuba tidak menonjolkan diri saya. Saya akan hadir untuk majlis rasmi sahaja, InsyaAllah. Merajuk? Biarlah, bukan ada orang nak pujuk pun.. tak selayaknya dipujuk pun.. tapi kalau orang dah tak suka, lebih baiklah kita sedar diri, muhasabah dan cari sahaja alternatif lain untuk menggembirakan diri sendiri.
Jaga diri, hiasi peribadi, realisai visi..

Monday, May 2, 2011

Tahniah kepada semua Pemimpin Pelajar -Pengawas SMK Pasir Gudang

Assalamualaikum....
Apa khabar anda hari ini?..Cikgu harap semuanya luar biasa hebat dan sihat selalu..
Alhamdulillah, cikgu dan keluarga pun sihat juga, cuma si montel Luqman ada batuk-batuk sikit... Almaklum, cuaca dan persekitaran di Pasir Gudang..........

Alhamdulillah, dah selesai Kem Kepimpinan Pengawas SMK Pasir Gudang 2011.Terdapat berbagai-baga karenah, cerita, pengalaman, kontroversi, dan peristiwa berlaku sepanjang 3 hari 2 malam mereka berkhemah di sekolah...
Entahla..bagi cikgu, semua itu asam garam kehidupan.. ada yang suka, ada yang tak suka.. ada yang berani, ada yang lemah semangat. tapi sebagai guru bimbingan dan kaunseling, kami dan cikgu sendiri berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk pemimpin sekolah. Cikgu harap pengawas SMK PG1 akan lebih bersemangat, berani, berketrampilan, berdaya saing, berwibawa dan lebih banyak berbakti kepada sekolah. Bukan mudah hendak menjadi pemimpin yang cemerlang... Semuanya perlulah 'perfect' dan untuk menjadi seorang yang 'perfect' atau hampir ke arah itu, lebih banyak pengalaman dan latihan harus dikutip. Jangan kita bimbang untuk dikritik atau dimarah, kerana ia akan membuatkan kita ;ebih waspada dan peka terhadap kesilapan kita. Cikgu pun bukanlah perfect... yang perfect tu adalah Nabi kita, Muhammad... Dia manusia paling agung, tiada taranya...

Tentang kontroversi 'dibotakkan' rambut, lucu juga, sedangkan rambut akan panjang juga nanti.. namun cikgu tahu, bukan sekadar rambut sahaja yang botak, tetapi hati dan perasaan sebilangan besar peserta lelaki telah tercalar.. apatah lagi ego seorang lalaki... di sini kita dapat melihat tahap rasional seseorang individu, sama ada dia boleh bertolak ansur dan menerima perubahan, atau mengikut kata ego dan menidakkkan kehendak kepimpinan. Bukanlah cikgu nak berlaku berat sebelah.. tapi cikgu suka melihat rambut peserta lelaki yang kemas... bukan apa, untuk pra syarat hadir ke kem kepimpinan, barulah nampak perbezaannya... Diharapkan pemimpin yang hadir di Kem Kepimpinan Pengawas dapat berfikiran lebih profesional dan menerima perubahan... Janganlah kerana ego dan tidak berfikiran rasional, kita membuat tindakan yang akan merugikan kita seumur hidup kita...

Kepada yang tidak dapat hadir ke kem, mohon maaflah, jawatan anda sebagai pengawas akan dilucutkan... takkan ada lagi pujuk rayu... Cikgu harap selepas ini tiada lagi pihak yang mementingkan diri sendiri. Wallahhua'lam..

Oklah.. Tahniah dan terima kasih banyak-banayk kepada barisan pentadbir, guru-guru pengawas, guru-guru disiplin, guru-guru, dan rakan-rakan GBK kerana sudi meluangkan masa, tenaga dan menyumbangkan idea untuk Kem Kepimpinan Pengawas 2011. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

Jaga diri, hiasi peribadi, realisasi misi.