MESTI YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI!
KERANA DENGAN KEYAKINAN, USAHA ANDA AKAN BERGANDA!!!

Thursday, April 28, 2011

Sambutan Hari Bumi Peringkat SMK Pasir Gudang




Assalamualaikum..
Sambutan hari bumi disambut sederhana tetapi meriah di SMK Pasir Gudang pada 22 April, 2011... Kelakarlah Pn Johar buat kuiz.... Tapi yang pentingnya, mesej yang ingin disampaikan iaitu, sayangi bumi yang kita diami ini...

Kadang-kadang saya ternampak ada sahaja individu yang kurang bertanggungjawab membuang sampah sarap dari dalam kereta. Kalau dilihat di sekeliling, memang banyak sampah..siapa yang buang tu?.. kalau beginilah sikap rakyat kita, memang tak mustahil generasi akan datang akan hidup bersama sampah sarap.. air yang bersih sukar diperolehi dan lebih banyak wang ringgit diperlukan untuk mendapat bekalan makanan dan minuman...

Harap-harap perkara ini tak terjadi.. Ciku amat berharap agar kita semua dapat menjaga kebersihan dan mengitar semula.... kita cuba lah ya...

yang paling penting...jangan buang sampah merata-rata, simpan sampah dan buang di tempat yang telah disediakan... Terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan yang sudi ambil sampah kita, dan lupuskan... terima kasih kepada semua pekerja pembersihan... jasa dan budi baik anda amat dihargai... Jumpa lagi...

2 comments:

  1. nk tya cikgu...yg depan sekali tu noor azimah ke?

    ReplyDelete
  2. nk tya cikgu...yg depan sekali tu noor azimah ke?

    ReplyDelete