MESTI YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI!
KERANA DENGAN KEYAKINAN, USAHA ANDA AKAN BERGANDA!!!

Tuesday, March 29, 2011

LCCI

ASSALAMUALAIKUM...SALAM 1 MALAYSIA!!!!

Apa khabar? Harapan cikgu agar semuanya LUAR BIASA HEBAT DAN SIHAT SENTIASA..... AMIN!

Hari ni, cikgu nak kongsi tentang...LCCI... apa itu LCCI? LCCI tu maknanya..LONDON CHAMBER OF COMMERCE AND INDUSTRY...kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari alamat web ini : http://www.londonchamber.co.uk/lcc_public/home.asp...
1. Permohonan Sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yang mempunyai KOD KELAYAKAN MEMOHON SIJIL LCCI pada slip keputusan SPM. Kelayakan calon berdasarkan kod berikut:-

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

KOD

KELAYAKAN

JENIS SIJIL LCCI

1.

PASS WITH DISTINCTION

LEVEL 2 BOOK-KEEPING AND ACCOUNTS

2.

PASS WITH CREDIT

3.

PASS

4.

PASS WITH DISTINCTION

LEVEL 2 BOOK-KEEPING AND ACCOUNTS (BAHASA MELAYU)

5.

PASS WITH CREDIT

6.

PASS


2. Calon hendaklah membuat permohonan dalam tgempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

3. Permohonan Sijil LCCI hendaklah dibuat dengan menggunakan Level 2 Book-keeping and Accounts Certificate Application Form yang boleh didapati di pejabat LCCI Malaysia, pusat latihan yang dilantik oleh LCCI atau laman web www.lcciasia.com. Permohonan dialamatkan terus kepada pusat latihan yang dilantik oleh LCCI International Qulaifications atau dimohon terus kepada pejabat LCCI di alamat:
LCCI International Qualifications (Malaysia) Sdn Bhd.
Suite 11.01, 11th Floor
Menara Yayasan Selangor
18 A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya,
Selangor

4. Permohonan hendaklah disertakan dengan satu (1) SALINAN KERATAN KEPUTUSAN spm yang memaparkan KOD KELAYAKAN SIJIL LCCI dan satu (1) salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

5. Kadar bayaran bagi permohonan sijil ialah RM 25.00. Bayaran HANYA BOLEH dibuat dengan Wang Pos/ Kiriman Wang / Bank Draf ditulis atas nama LCCI INTERNATIONAL QUALIFICATIONS (MALAYSIA) SDN BHD. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.


Untuk itu, anak-anak cikgu yang mengambil subjek Prinsip Akaun, sila secara sedar dan pantas, bertindak untuk HAK anda... pergi ke pejabat pos SEGERA untuk membeli Wang Pos... Ingat, kesedaran dan kepantasan anda adalah penting!...

Ok, kalau ada apa2, jangan segan silu untuk bertanya...
Jaga Diri, Hiasi Peribadi, Realisasi Misi, Cintai Illahi, Restu Ummi dan Abi...



2 comments:

  1. Salam,cikgu. saya nak bertanya. saya student spm 2008. seperti yang cikgu tahu spm 2008, LCCI baru sahaja dilancarkan dan saya lack tentang perkara itu. sekarang, saya pelajar diploma disebuah IPTA yang tiada link ngn pusat training di www.lcciasia.com. Sekiranya, saya tamat pengajian dan claim sijil LCCI. kemudian, saya nak memasuki pusat training LLCI. adakah saya akan menjadi student diploma ataupon ijazah?

    ReplyDelete
  2. Kalau saya ,kenapa dia tulis dalam result spm lcci pass with the marit???apa maksudnyaa tu..
    Boleh bagi penjelasan tak..

    ReplyDelete