MESTI YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI!
KERANA DENGAN KEYAKINAN, USAHA ANDA AKAN BERGANDA!!!

Thursday, April 14, 2011

Majlis Perpisahan Pn Hjh Hasnah Binti Yussoff...




Alhamdulillah... dah selesai satu lagi majlis untuk meraikan Pn Hjh Hasnah Yussoff yang akan berpindah ke SMK Bandar Sri Alam kerana dianaikkan pangkat ke Penolong Kanan Akademik...

Tiada kata secantik bahasa untuk kupuji kekanda...

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala tunjuk ajar, teguran, sokongan dan jasa Pn Hjh Hasnah kepada saya, dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.... Banyak yang telah beliau curahkan.. paling ketara kepada pembangunan insan, pemantapan disiplin pelajar dan juga penambahbaikan rupa fizikal sekolah... Semoga Pn Hjh Hasnah lebih sihat, gembira dan dapat menjalankan tugasnya sebagai pemimpin di sekolah baru... Asam garam dalam kehidupan, mendepani pelbagai karenah guru, pelajar dan ibu bapa...

Terima kasih dan tahniah sekali lagi daripada saya, semoga Allah merahmati Pn Hjh Hasnah selalu...

No comments:

Post a Comment