MESTI YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI!
KERANA DENGAN KEYAKINAN, USAHA ANDA AKAN BERGANDA!!!

Thursday, April 28, 2011

Sambutan Hari Bumi Peringkat SMK Pasir Gudang




Assalamualaikum..
Sambutan hari bumi disambut sederhana tetapi meriah di SMK Pasir Gudang pada 22 April, 2011... Kelakarlah Pn Johar buat kuiz.... Tapi yang pentingnya, mesej yang ingin disampaikan iaitu, sayangi bumi yang kita diami ini...

Kadang-kadang saya ternampak ada sahaja individu yang kurang bertanggungjawab membuang sampah sarap dari dalam kereta. Kalau dilihat di sekeliling, memang banyak sampah..siapa yang buang tu?.. kalau beginilah sikap rakyat kita, memang tak mustahil generasi akan datang akan hidup bersama sampah sarap.. air yang bersih sukar diperolehi dan lebih banyak wang ringgit diperlukan untuk mendapat bekalan makanan dan minuman...

Harap-harap perkara ini tak terjadi.. Ciku amat berharap agar kita semua dapat menjaga kebersihan dan mengitar semula.... kita cuba lah ya...

yang paling penting...jangan buang sampah merata-rata, simpan sampah dan buang di tempat yang telah disediakan... Terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan yang sudi ambil sampah kita, dan lupuskan... terima kasih kepada semua pekerja pembersihan... jasa dan budi baik anda amat dihargai... Jumpa lagi...

Lawatan ke ALAM dam MFA, Melaka.....

Assalamualaikum....
Apa khabar semuanya?.. harap-harap sihat belaka..
Hari ni nak cerita tentang lawatan kami ke Melaka pada 26/4/2011 yang lalu..
Kami bertolak dari SMK Pasir Gudang pada jam 8.15 pagi dan tiba di ALAM pada jam 1.30 petang.. dah lewat,kami dibawa melawat sekitar ALAm dan diberi taklimat tentang syarat-syarat kemasukan ke ALAM dan kelebihan bekerja dalam bidang marin...

Selepas itu kami bertolak ke MFA pula di Batu Berendam, Melaka... Kamitiba jam 4.15 petang, disambut oleh En Nordin, pegawai di MFA. Kami dibawa melawat sekitar MFA oleh pelajar-pelajar MFA dan bagi kumpulan saya, saudara TUKUR dari New York telah sudi bawa kami 'pusing-pusing' MFA. Pengalaman yang amat menarik, sambil dapat berbahasa Inggeris ala-ala New York gitu bersama saudara Tukur.... Thank You Tukur! dan terima kasih juga kepada semua pelajar MFA yang sudi bawa kami 'touring' MFA... Insya Allah, ada rezeki, adalah student yang melanjutkan pelajaran di ALAM atau di MFA....







Sunday, April 24, 2011

Setiap Hari Kita Diuji...

Assalamualaikum...
Apa Khabar semua?.. Cikgu harap semua sihat, luar biasa hebat!

Cikgu macam biasa sahaja, beriya dan sihat sokmo kata orang Terengganu...
Hari ini, ada berita mengejutkan.. SMK Pasir Gudang diceroboh masuk... alahai.. apala yang mereka cari di dalam sekolah ini?... tak ada kegiatan lain yang lebih berfaedah kah untuk dibuat?... Tak tahu lagi apa yang hilang, tapi dengarnya bilik yang dipecah masuk ialah pejabat dan bilik disiplin... Apa?!!! Nak cari apa kat dalam bilik disiplin?... Rekod disiplin?.. Kalau curi pun tak ada maknanya sebab tiap-tiap bulan data disiplin dimasukkan ke dalam Sistem SSDUM...

Nak cari handphone yang dirampas?... laa.... takkan tak tahu.. telefon bimbit yang dirampas semuanya di simpan dalan bilik kebal.. BILIK KEBAL... kalau rasa dah pandai sangat nak pecah masuk bilik kebal, baiklah berlakon cerita LEVERAGE ka, CSI ka, daripada duk buat kerja sia-sia..
Harap-harap si penyangak yang buat kerja ni akan dapat hidayah dan tak buat lagi kerja-kerja terkutuk ni... Nauzubillah...

Kalau nak tahu bilik kebal di mana... yang itu rahsia.. sebab lokasinya sangatlah rumit lagi merumitkan.. di SMKPasir Gudang ada banyak bilik kebal.. jenuh pulakla nak tahu yang mana satu.... Ok La...

hari ni juga khabarnya air tak ada... kasihan pelajar-pelajar cikgu yang nak ke tandas tu... itu satu hal.. nanti kalau sebelah petang pulak lagi haru.. pelajar-pelajar nak ke surau nak bersembahyang, kalau tak ada air,... susah la pulak... Harap-harap Allah permudahkan urusan hari ini...Amin...

Itulah dugaan hari ini... oh ya, cikgu pelak tertinggal H/P di rumah... kasihan la sesiapa yang telefon cikgu, tapi tak ada jawapan.. alahai-alahai.... H/P lagi satu pulak tak ada bateri..dah 2 hari tak reti-reti nak charge!! ..

Ok Lah... sampai di sini dahulu... esok, trip to Melaka.. We are visiting ALAM and MFA... what a journey tomorrow!.. Semoga semua berjalan lancar, dipermudahkan oleh Allah perjalanan dan urusan kami....Amin..Insya Allah...

Jaga diri, hiasi peribadi, kotakan janji, realisasi misi, sentiasa berbudi!

Thursday, April 21, 2011

h


e

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Apa khabar semua? cikgu harap sihat2 sahaja...

Wah..dah makin ramai yang mengikuti perkembangan cikgu di blog ni, terima kasih banyak-banyak..Cikgu sayang semua!!!

Baru-baru ni pelbagai majlis telah dilaksanakan ataupun telah dihadiri oleh cikgu.. anataranya ialah majlis menyambut kedatangan PKHEM baru iaitu En Mohamad Ali bin Harun dari SMK PG 3..

Selamat datang ke SMK Pasir Gudang...Semoga kehadiran En Ali dapat membantu kami agar lebih cemerlang..

Oklah..jumpa lagi di lain kali..

Jaga diri, hiasi peribadi..

Sunday, April 17, 2011

KASIH SEORANG IBU MEMBAWA KE SYURGA...

Assalamulaikum...

Apa Khabar semua?.. cikgu harap semuanya sihat..
Alhamdulillah, cikgu dan keluarga pun sihat...

Cikgu ada cerita nak dikongsi bersama dengan pembaca blog cikgu yang setia....
Pada hujung minggu yang lepas, cikgu sekeluarga tak kemana-mana, hanya santai-santai di rumah,
mengemas mana yang dah berhabuk, megganti mana yang dah lama tergantung..(langsir)..

Satu senja, cikgu dipanggil oleh seorang ibu tua yang cikgu anggarkan berumur dalam 70an..
Meminta bantuan cikgu jerana anaknya kononnya tak pedulikannya lagi..
Cikgu pun apa lagi.. gelabah lah...
Alamak macam mana ni?....
Tiba-tiba, keluarlah pula si anak yang mengatakan.. "cikgu jangan masuk campur ini hal ya.. ini hal kami sekeluarga.. orang tua ini sangat busuk hati, mulut pun banyak jahat...'...templak si anak..
Si ibu tua dah menangis teresak-esak.. alahai.. serba salah dan gementar juga lah kan...
Cikgupun berkata pada si ibu tua,..'makcik, makcik masuk dalam dulu, bincang elok-elok ya... tak baiklah macam ni..'
Anaknya menyambung..'biarlah dia cikgu, dia yang kemas baju dan nak keluar sendiri.. dia yang nak pergi kan.."

Aduhai.... kasihannya.. apalah dosa si ibu ya?
Sampainya hati... Si ibu tua ini pernah bercerita pada saya tentang keperitan dan kesukaran yang dihadapinya membesarkan anak-anak (seingat saya 5 orang) selepas kematian suaminya di usia muda... kasihan betul.. macam-macam kerja dilakukannya untuk membesarkan anak-anaknya...
bila dia bercerita tu, selalu dia menangis.. bukanlah nak minta simpati saya, tapi nak mengadu nasib katanya..
Betullah kata pepatah lama.. ibu seorang boleh menjaga, membesar, mendidik 10 orang anak, tetapi 10 orang anak, belum tentu dapat menjaga seorang ibu... alahai..alahai....
Bimbangnya..macam manalah saya di waktu tua nanti....

Moral cerita... apa dia?... Sayangilah kedua ibu bapa kita sewaktu mereka masih hidup, dan sedekahkanlah alfatihah sebanyak mungkin buat mereka jika telah kembali ke rahmatullah...

Kasihan saya melihat ibu tua..saya dan suami pun hanya mampu berdoa dan kadangkala melayan cerita ibu tua itu untuk mengurangkan bebanan yang ditanggungya.. maklumlah, kami pun anak rantau, sesekali dapat berbakti kepada orang tua, rasa terhibur juga hati yang rindukan saudara mara di kampung sana....

Ok lah... jumpa lagi nanti...

Jaga diri, tingkatkan prestasi, muhasabah diri, ...

Thursday, April 14, 2011

Majlis Perpisahan Pn Hjh Hasnah Binti Yussoff...




Alhamdulillah... dah selesai satu lagi majlis untuk meraikan Pn Hjh Hasnah Yussoff yang akan berpindah ke SMK Bandar Sri Alam kerana dianaikkan pangkat ke Penolong Kanan Akademik...

Tiada kata secantik bahasa untuk kupuji kekanda...

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala tunjuk ajar, teguran, sokongan dan jasa Pn Hjh Hasnah kepada saya, dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.... Banyak yang telah beliau curahkan.. paling ketara kepada pembangunan insan, pemantapan disiplin pelajar dan juga penambahbaikan rupa fizikal sekolah... Semoga Pn Hjh Hasnah lebih sihat, gembira dan dapat menjalankan tugasnya sebagai pemimpin di sekolah baru... Asam garam dalam kehidupan, mendepani pelbagai karenah guru, pelajar dan ibu bapa...

Terima kasih dan tahniah sekali lagi daripada saya, semoga Allah merahmati Pn Hjh Hasnah selalu...

Monday, April 11, 2011

ENGLISH SONG - QUIZ OF THE DAY...

What a way to start a day!
Wakakakakaka.... This morning, i make a joke out off my ordinary joke lah... (ye ke?...)

I arrange a quiz using an english song, named Soley Soley... It's was fun!!! Every student (can i say that?..) have fun too because they know the song from the film - Hantu Kak Limah Balik Rumah..

okay, it's not about joke and having fun only..but it's how i tried to make learning english the easiest, funniest, happiest way... i want the student to know that learning english is okay, and it can be done by anyone.. it's ok if we make mistakes but the most important things are try, and never give up... but sad to say, some of us, unwilling to try because they feel like english is not important and life has nothing to do with it... But our prophet love to learn, let's us pursue his journey by learning english and teach others about Islam... don't you agree?..

So, have fun with english, and maybe we can learn more than english... perhaps arabic, japan, tamil and so on... you can explore more about other culture if you know their language.. it's really fun...

so this is it...

Soley Soley by The Middle Of The Road....(Arbex Miro Jose Fernando)

Just a little bit lonely
Just a little bit sad
I was feeling so empty
Until you came back
Until you came back
Until you came back

Oh, Soley Soley
Soley Soley

enjoy your day!..

Take care now...





Sunday, April 10, 2011

SMK PASIR GUDANG SENARAI PELAJAR PROGRAM KAUINSPIRASIKU PMR 2011

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

BIL

NAMA

MENTOR

1.

NURULAIN BINTI ZAINOL

PN. ROHANA BINTI ABDULLAH

2.

JUSTIN AIZAD BIN MANSOR

PN. HJH SALEHA BINTI WAHAB

3.

SOLEHUDDIN BIN SALAM

PN. HJH HASNAH BINTI YUSOFF

4.

MUHAMMAD HASIF BIN MUHAMMAD UZIR

EN. MOHD SUHAIMI BIN MAT ISA

5.

HANANI LUTFI BINTI MOHD IKHSAN

PN. HJH THABITAH BINTI MD RAHIM

6.

FATEN NAWWARAH BINTI MUHAMMAD FA

PN. BREMMA A/P THIRUMALAY

7.

MUHAMMAD AFIFI BIN ZAMANI

PN. RADZIAH BINTI RAZUAN

8.

NURUL AMIRA BINTI MOHD ALI

PN. JAMILAH BINTI ABDULLAH

9.

MUHAMAD FIKRI BIN MAZLAN

PN. SITI AYU BINTI KHAMIS

10.

DZUL HADIE BIN MAHADZIR

PN. FAZURA BINTI ABD GHANI

11.

MOHAMMAD SABRI BIN ZAMLI

PN. NORZILA BINTI OTHMAN

12.

NORHABIBAH BINTI MAZLAN

PN. HASLINA BINTI MUHAMMAD

13.

MAHESAN A/L RAJALINGAM

PN. HASLINDA HASSAN

14.

HAFIZATUL ADAWIYAH BINTI AYUB

PN. JOHAR BINTI SAPUAN

15.

RAHMATULNISYA BINTI ABBAS

PN. JURAINI BINTI ISMAIL

16.

MOHAMAD AFIE BIN ROSMAN

PN. KHUZAIMAH BINTI JASMAN

17.

MUHAMMAD HAFIZ BIN SAIPUDIN

CIK LIM TANG MOY

18.

NUR SOFIANI BINTI MOHD YUSOF

PN. MARLINA BINTI MOHD BASRI

19.

IZZAH IRDINA BINTI JUREMI

PN. MASLINA MA’AROF

20.

SOFIA LIYANA BINTI MOHD SUKRI

PN. MAZNAH BINTI MOHD YUSOF

21.

SITI AISYAH BINTI ABDUL RAHIM

PN. NORZILA BINTI OTHMAN

22.

MUHAMMAD AKMAL ZULKIFLE

PN. MAZNAH BINTI RAHMAT

23.

NURFARAHIN BINTI ABDUL WAHID

PN. NAPSIAH BINTI IDRIS

24.

NURAZIAN BINTI MOHD ALI

PN. NOOR BINTI AHMAD

25.

NUR SYAZA LIYANA BINTI RAHMAN

PN. NORAIDAH BINTI WAHAB

26.

KHAIRUINNISA BINTI JAMIL

PN. NORLELA BINTI YUSOF

27.

SITI SYAHIRAH BINTI ZAINAL

PN. NORLIAH BINTI BECHIK

28.

NURUL AWATIF BINTI MOHD HARIS

PN. WAN YUSNIZAN BINTI WAN HAMAT

29.

NOOR HAZIRAH BINTI HASHIM

PN. NORLIZA BINTI AZIZAN

30.

MOHAMAD KHAIRUL FAHMI BIN BOHARI

EN. MOHD NAJID BIN ISMAIL

31.

ASHA DEVI A/P RAGGU

PN. NUR SA’ADAH BINTI KASMON

32.

UMMU LIYANA SAHIRA BINTI SLAMAT

PN. ROSZANA BINTI SELAMAT

33.

AFINAFASYA BINTI SAHABUDIN

PN. WAN YUSNIZAN BINTI WAN HAMAT

34.

NUR NADHIRAH BINTI ZAIMI

PN. NURSAKINAH BINTI MOHD ISA

35.

AZROY EZETTY BINTI KHASRI

CIK SAIRA BINTI RAMLI

36.

NUR HIDAYAH BINTI HATMIN

CIK KULAPUSANAM A/P T. MUNIANDY

37.

MUHAMMAD FIKRI BIN MOHD SABRI

EN. MOHAMED ALI BIN MOHD YUNUS

38.

MUHD NUR ARIF BIN KHAIROL AFANDI

EN. MOHAMED ALI BIN MOHD YUNUS

39.

NURSHAFIQAH EZZATY BINTI SARAN

PN. SALILA BINTI MOHD SAIM

40.

NURUL AFIQAH BINTI MOHD WARI

CIK KULAPUSANAM A/P T. MUNIANDY

41.

MOHD AMIRUL HAKIM BIN ZAINOR RASHI

EN. MOHD SABRI BIN MOHD RAMLY

42.

LILY ELISA BINTI ABU BAKAR

PN. NURHAFIZAH BINTI MOHD JAAFAR

43.

ZARRUL HELMY BIN ZALANI

EN. TEO BIN KUAN

44.

MUHAMMAD MIRZA BIN MOHD HATA

PN. MAIZATUL AKMAM BINTI ZAWAWI

45.

AHMAD DHIRAR BIN ZULKIFLY

PN. SARAH WAHIDA BINTI HASHIM

46.

AMYRA NOOR IZZATY BINTI AKASAH

PN. SALWA BINTI OTHMAN

47.

JOEL NAIDU A/L ALAGARSAMY

EN. MOHAMED ALI BIN MOHD YUNUS

48.

SAKTHIVEL A/L BALAKRISHNAN

EN. ROSZAIDI BIN RAMLEE

49.

NAVINA A/P KRISHNAKUMAR

PN. ROSHANIDA

50.

VIMALANATHAN A/L MARAPAN

PN. VALARMATHY A/P SUPAIAH