MESTI YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI!
KERANA DENGAN KEYAKINAN, USAHA ANDA AKAN BERGANDA!!!

Monday, March 28, 2011

Assalamualaikum dan selamat adanya....
Salam Satu Malaysia...

Apa khabar anda semua hari ini?.. cikgu harap semuanya HEBAT dan LUAR BIASA BAGUS!

Tahniah kerana membaca blog cikg hari ini... Apa yang anda cari?
Semoga pencarian anda menemui jawapannya..Jika tidak sekarang, mungkin hari ini, mungkin esok atau mungkin bulan depan.. Pencarian memang begitu..kadang-kadang kita fikir, kita rasa kita dah bertemu dengan jawapannya, tetapi hasilnya, rupa-rupanya bukan itu jawapan atau pilihan yang terbaik.
Baru-baru ini cikgu telah pun menghadiri sebuah majlis pertunangan salah seorang saudara terdekat cikgu... Memanglah meriah bila sekali-sekala ahli keluarga berkumpul.. Apa yang menarik perhatian cikgu ialah dalam kesibukan kita ada kalanya terlupa untuk menyapa, ada pula tu yang menyapa tapi bukannya nak mengeratkan silaturrahim, tetapi lebih kepada menyakitkan hati... bukan apa, kalau ia pun nak menegur, tengoklah kiri-kanan, jangan sampai memalukan pihak yang ditegur..Berpada-pada, orang lain pun ada maruah dan perasaan juga... Maklumlah, seharian menempuh perjalanan balik , badan pun masih penat..kalau mendengar cerita-cerita yang tidak enak ni, naik juga darah dibuatnya..masa tu jangan mintalah nak senyum meleret..muka masam ajelah nampaknya..nanti dikata tak ikhlas pula...alahai....

Mengapa kita menjaga hati dan perasaan orang lain sedangkan hati kita sendiri tidak dijaga?.. cikgu pun adakalanya naik geram juga bila sekali-sekala terkena batang hidung sendiri kan? Tapi kalau dah pihak yang satu lagi tu lebih tua dan lebih matang dari kita, lagilah tak tahu macam mana nak bereaksi.. Alahai...alahai...sabor jelah!

Kehidupan harus diteruskan... jadi, jaga diri, hiasi peribadi, pujuk hati,
sayangi dan cintai diri sendiri dan restu Illahi.

No comments:

Post a Comment