MESTI YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI!
KERANA DENGAN KEYAKINAN, USAHA ANDA AKAN BERGANDA!!!

Thursday, March 18, 2010

Resepi Kuih Puding Roti Karamel...

6 biji telur
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
4 keping roti (dipotong kecil2)
3 sudu gula (untuk dihanguskan : karamel)

Cara-cara :
Larutkan gula dan susu cair di atas api yang kecil.
Masukkan telur satu demi satu. Pukul perlahan sehingga telur sebati dengan campuran gula.
Masukkan roti.
Selepas itu masukkan ke dalam acuan yang telah ditungkan karamel.
anda boleh kukus atau bakar dalam oven, 180 c selama 30 minit..

tadaaa.. dah siap....

Tuesday, March 16, 2010

Kisah Ikmal...anakanda yang berani..

Assalamualaikum...
Hari ni, ada peluang g sekolah jap.. anak-anak saya hantar ke rumah penjaga mereka, harap2 semuanya ok...
Semalam suamiku buat tuisyen dengan anaknya, Ikmal Farhat.. kasihan betul.. kena marah.. mama nak tolong pun takleh la selalu, nanti Ikmal tak makin pandai...
Antara tips kalau anak kita lambat belajar ..
1) Sebagai ibu bapa, jangan mudah putus asa..
2) Sentiasa memohon kepada Allah, agar dipermudahkan urusan anak tu...
3) beri sokongan kepada anak..
4) jelaskan kepada anak kenapa dia selalu kena buat ulangkaji... macam amlam tadi, sebelum tidur, saya rasionalkan dia, kenapa dia kena marah... bukan sebab dia tak pandai atau bodoh, tapi sebab Babah nak betulkan kesilapan dia... Saya juga turut beritahu yang saya dan Babahnya akan terus bantu dia untuk terus berjaya...
5)Selalu semak kerja sekolah, bantu mana yang patut.. mereka perlukan penjelasan yang lebih detail..
6) Puji anak kalau ada perkembangan positif...
7 ) banyak-banyak bersabar... macam yang saya buat sekarang.. kita sendiri banyak belajar dari kerenah anak-anak.. memang nampak macam saya kejam..kakakakaka.. tapi.. entah ek?
Saya sedang belajar.. doakan yang terbaik untuk kami..
kikikikiki.....

Hari ni ramai gak pelajar-pelajar lepasan SPM yang datang, nak hantar borang LCCI.... ingat ya, fotostate 3 salinan.... dan buat kiriman wang.. atas nama LCCI.... lepas tu ramai juga yang bertanya tentang kursus yang ditawarkan...di ipt.. mana satu nak ambil ni cikgu? ni kurusu mengarut ke? ada masa depan ke ni cikgu?...
macam-macam lah soalannya...
soalan yang sama tiap2 tahun, cuma pelajarnya sahaja yang berbeza.. apa yang saya risaukan ialah, jawapan saya tu.. tak taula banyak membantu atau membantutkan....
cikgu sarankan...
sewaktu buat semakan fasa 2, klik pautan tentang maklumat syarat-syarat khas.. ada diberitahu maklumat tentang ipt, syarat khas atau krusus..
jangan malu-malu bertanya.. paling teruk pun kena marah.,..kakakaka..
Cikgu harap semua anak murid cikgu berjaya.. walaupun ada yang dapat result yang aloa kadar...., percayalah pada janji Allah... mungkin rezeki kita ditentukan di tempat lain..kan kan kan?
kalau ada orang yang mengecil-kecilkan keputusan kita, anggap itu sebagai dorongan untuk berjaya, tidak semua orang yang dapat keputusan cemerlang itu boleh berjaya.. semuanya bergantung kepada usaha kita... hidup boleh diperbaiki.. begitu juga sebaliknya..buatlah keputusan yang bijak....

ok lah....jaga diri bebaik semuanya.. kalau ada salah dan silap, cikgu mohon ampun dan maaf... doakan yang terbaik untuk cikgu dan keluarga...
salam sayang untuk ayah (othman bin jerai) dan ibu (halimah binti buyong).....

nanti nak kongsi dengan anda, resepi rendang campur ibu..... sedap tau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ok, jaga diri, nak balik dulu... dah habis kerje dah ni...
salam ukhuwah..

Sunday, March 14, 2010

HARI PERMUALAAN CUTI....

Assalamualaikum.....
Selamat bercuti kepada semua rakan-rakan pendidik dan anak-anak didik semua...
sedang buat apa agaknya tu yek?
Saya dan anak-anak ni..di sekolah.. maklumlah..kena bertugas.. uhuhuhuhuk...
Nak habiskan banyak tugas2 terbengkalai...
Insya Allah..dah habis kerja baru boleh bercuti...
Kasihan anak-anak.. bercuti di bilik kaunseling mummy...
Nenek dan datuk di kampung dah telefon, tanya bila nak balik...
hehehehe.. biarkan rindu mereka sarat... nanti bulan enam baru balik , sambil bercuti ronda2 Malaysia.. Hamdan kata nak g Taman Negara.. Dia nak mengimbau kenangan mendaki Gunung Ledang lah tu!..kkikiki...

Cuti nanti, EE pulak nak bernikah.. melangkah bendul si Boboy...kakakaka..
bila adik 'jantan' aku tu nak kahwin..hahaha..
Insya Allah, adalah jodohnya tu!

ok lah, selamat bercuti kawan-kawan...
sesiapa yang teringin nak makan ikan pekasam order je lah yek...

Jaga diri, hiasi peribadi..

Thursday, March 11, 2010



Inilah gambar kesukaan ibu dan ayah saya..
Gambar bersama cucu-cucu kesayangan mereka....













Ini pula gambar ayah sedang mengerah tenaga mengacau rendang... gambar ni diambil sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun 2009.. kesian ayah.. kami sampai, rendangnya dah separuh masak.. bertuah punya anak!!! setiap kali raya, pasti ada sahaja yang buat tempahan rendang dari ayah dan ibu.. Sedap tau!!!! eeeeeeeeee.. nak minta ibu buat rendang lah cuti nanti!!!!



















BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM.....

Alhamdulillah,
segala syukur bagi Allah Yang Maha Mencipta...
Bertemu lagi kita hari ini...
Apa khabar semuanya?...
Hari ni.. seperti dalam kelegaan bila mengetahui yang slot
untuk saya sewaktu LDP (latihan Dalam Kumpulan) esok ditangguhkan..
errmmmm..
walaupun lega, namun rasa sedih pun ada..sebab dah beriya-iya nak 'present' sesuatu dengan
rakan-rakan guru..
Tapi tak mengapalah..
mungkin ada hikmahnya, Allah tangguhkan dulu rezeki nak kongsi ilmu dengan rakan-rakan...
Patutlah saya menghadapi pelbagai dugaan minggu ini, sehingga begiru sukar nak buat 'power point' untuk presentation tu nanti... rupa-rupanya, nak ditangguhkan.. tapi still nak buat juga, mana tau kena bagi juga...

Saya juga nak mengucapkan syukur sekali lagi kepada Allah dan berasa
sungguh lega kerana dikurniakan rezeki, dapat DG44... Alhamdulillah...
Rupa-rupanya ada hikmahnya saya berpindah ke SMK Pasir GUdang... Saya nak mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn Yasoda SMK Pasir Putih (tempat berkhidmat 2002-2008) kerana berusaha menyipkan dokumen kenaikan gred saya... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa beliau...

Syukur, saya panjatkan kerana Allah sentiasa memberi saya peluang dan ruang untuk berbakti kepada nusa dan bangsa....
Insya Allah, saya akan lebih tekun untuk mencari sesuap nasi, membela keluarga dan anak bangsa...
Izinkan saya pada lain kelapangan untuk berkongsi pendapat dengan anda, warga pembaca budiman, semoga kita sama-sama mendapat impak dan barakah yang positif hasil perkongsian ini...
Moga niat saya tidak disalah ertikan,
Moga kita semua di dalam Rahmat Allah sentiasa...