MESTI YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI!
KERANA DENGAN KEYAKINAN, USAHA ANDA AKAN BERGANDA!!!

Tuesday, June 18, 2013

Assalamualaikum...

Masya Allah... dah begitu lama saya tak menulis dalam blog saya ni...
mengapakah?
apakah?
Saya tiada alasan yang lebih kukuh melainkan...... saya sendiri malas..
Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu..

Akhir-akhir ni ada kesempatan dan merasa teruja untuk menulis semula...
almaklum, baru dapat harta baru, Muhammad Hafiz Habibi...... lahir 25 hb 4 2013... Alhamdulillah!

Semoga terus maju dan berdaya saing, sentiasa positif dan selamat menyambut kedatangan Ramadhan tak lama lagi.. in sha Allah...

Salam sayang, jaga diri...!

Saturday, May 5, 2012

Assalamualaikum... hari ini, berhujung minggu bersama anak-anak...
Anda bagaimana hari ini? Semoga memperoleh apa yang dihajatkan dan sentiasa di dalam rahmat Allah....
Rindunya pada keluarga di kampung... huhuhu.. harap-harap bulan enam, waktu cuti sekolah nanti, Allah beri kami peluang untuk mengubat rindu, menguatkan kasih sayang....

Sunday, March 11, 2012

Cuti sekolah... Mac 2012...

Assalamualaikum....

Apa khabar anda semua?... Harap sihat semuanya.. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis sesuatu dalam blog yang sudah sekian lama saya tinggalkan dan pinggirkan... orang ada blog, saya nak ada blog.. akhirnya..jadi goblok?.. hehehe....

Cuti sekolah menjengah lagi, saya dapati banyak juga perancangan cuti sekolah yang telah direncana oleh pihak sekolah, misalnya Kem Akademik yang baru sahaja berakhir semalam, 11 Mac 2012.. SMK Pasir Gudang juga merancang untuk ke Pulau Batam, Indonesia pada 13 Mac nanti.. seronok kalau dapat bersama-sama mereka, timba pengalaman di negara orang... Tapi apakan daya, ada program keluarga... Berlangsung sekarang di sekolah ada latihan bola jaring, latihan pasukan debat dan juga amali kerja kursus pelajar-pelajar SRT... memang sibuk walaupun waktu cuti sekolah..!

Apapun perancangan anda cuti sekolah ini, saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan anda mendapat banyak manfaat daripadanya...

Saya pula merancang untuk membawa keluarga bercuti ke Melaka.. tengoklah nanti.. harap2 cuaca mengizinkan untuk kami berjalan-jalan di sekitar Melaka.... ok lah... sampai di sini dahulu untuk masa ini. Semoga kita bersua lagi nanti, InsyaAllah ..

Jaga diri ok..... cuti2 jangan lupa ulangkaji!
Salam...

Wednesday, January 18, 2012

ALHAMDULILLAH....KERJA BERTAMBAH!

Assalamualaikum!..
Kabare? Aga gareba? How Are You? Apa khabar? Kaifahalukum? Ni Hau Ma? Nalama? Nama Berita?

Harap semuanya sihat.............................. Alhamdulillah, saya sihat, begitu juga dengan seluruh anggota keluarga saya.. Kali ini saya nak mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan, malah jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami, ibu bapa, anak-anak, adik-adik, guru-guru, teman seperjuangan, pentadbir, dan tidak ketinggalan, semua pelajar saya, dari tahun 1999 hingga sekarang.............

Alhamdulillah..baru sahaja mendapat surat lantikan sebagai Jurulatih Utama Bimbingan dan Kaunseling, Daerah Pasir Gudang...bertambah kerja, bukan bermakna bertambah beban, tetapi bertambah rasa percaya dan bertambah pengalaman.... Terima kasih kepada semua pihak, terutamanya pihak PPD Pasir Gudang, kerana melantik saya... InsyaAllah, saya akan cuba untuk melunaskan seberapa daya untuk membantu... Mungkin ini dugaan Allah, agar saya lebih kuat bekerja, lebih banyak berjasa... Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan.. Kau permudahkanlah urusan,,,.... Kau berikanlah kepada ku segala kebaikan dari tanggungjawabku ini, dan Kau jauhkanlah aku dari segala keburukan yang dibawanya.... Sesungguhnya kepadaMu lah aku bermohon...

Walaupun masih samar-samar tentang bidang tugas saya, namun saya akan terus mencuba... rakan-rakan, bantulah saya, tegurlah saya jika saya tersilap.... doakanlah kesejahteraan saya...Terima kasih...

Saya sayang anda semua!

Saturday, January 7, 2012

TAMAT MINGGU SALAM TAKZIM 2012.....

Tamat sudah minggu orientasi
Penat lelah harap hargai
Tapi kalau tak dihargai
Cukuplah sekadar memahami
Tahun 2012 tahun yang dijangka sibuk
Harap tidak jatuh terjelepok
Moga kerja tak akan lentuk
Nanti semua kena ketuk
Duk mengadu kat facebuk
Kenapa pulak saya jadi begini
Sekali sekala nak juga tukar identiti
Janganlah ada yang sakit hati
Jika tersinggung harap dimaafi...

Saturday, December 31, 2011

RESEPI KUIH BAKAR...

RESEPI KUIH BAKAR..
THANKS TO KAK YATIE DI yatiezaini@blogspot.com


Bahan-bahan ( 6 org )


1 cup gula (k.yati ltk 3/4 cup jer)

1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)

2 cup tepung gandum

2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )

2 tbs butter

3 biji telur

1/2 tsp garam

colour hijau bijan

Cara2

1.campurkan semua bahan. blend sampai sebati.

2.masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .

3.panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing


Wednesday, December 21, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011

ALHAMDULILLAH!!!!!!!!!!!!!!

TAHNIAH KEPADA SEMUA 36 ORANG PELAJAR PMR 2011 YANG MENDAPAT SEMUA A DALAM MATAPELAJARAN YANG DIAMBIL DALAM PMR 2011...

TAHNIAH JUGA KEPADA BARISAN PENTADBIR SEKOLAH, TERUTAMANYA PN ROHANA BINTI ABDULLAH, MANTAN PENGETUA DAN BARISAN PENTADBIR, GURU-GURU, STAF DAN PEKERJA AM, IBU BAPA, KOMUNITI SEKITAR DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH BANYAK MEMBANTU PIHAK SMK PASIR GUDANG DALAM MEMPEROLEHI KEPUTUSAN CEMERLANG...

WALAUPUN PERATUS DAN GRED PURATA MENGALAMI SEDIKIT PENURUNAN, NAMUN, IANYA DIHARAPKAN AKAN DAPAT MENINGKATKAN LAGI SEMANGAT DAN MUTU KERJA SEMUA PIHAK...

TAHNIAH JUGA KEPADA ANAKAND MOHAMAD SABRI BIN MOHD ZAMLI YANG BERJAYA MEMPEROLEH SEMUA A..... MANAKALA ANAKANDA SITI AISYAH, TAHNIAH KERANA MEMPEROLEH 7A 1B....CIKGU BERBANGGA!

Wednesday, October 19, 2011

Assalamualaikum...
Apa khabar?.. harap semuanya sihat seadanya... melalui ranjau kehidupan....

Tak ada kesempatan menulis blog, tiada ruang... namun sering merindu untuk menemui kalian...

KASIH SAYANGKU

KASIH SAYANGKU HANYA UNTUK KAMU
KASIH SAYANGKU SETULUS HATI
KASIH SAYANGKU TIADA BERTEPI
KASIH SAYANGKU DEMI KAMU
HANYA UNTUK KAMU
SELALU


Monday, September 12, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA 2011



Assalamualaikum....
Rakan-rakan pembaca yang budiman... Bertemu kita kali ini, terima kasih, syukur kepada Allah kerana menemukan kita dalam ruangan santai, bacaan merehatkan minda.

Sudah lama tak mencoret di blog, gara-gara ketiadaan idea, malah ada sahaja masalah sehingga menyebabkan saya tidak mampu untuk menulis.. ewah..macamlah berat sangat masalahnya tu....

Sambutan Hari Raya 2011.. Sekadar ingin berkongsi sambutan hari raya kami di Kuala Lumpur (rumah Ayahanda dan Bonda saya) dan juga di Ipoh (rumah Ayahanda dan Bonda mertua)... Banyak kenangan yang tercipta.. tapi sedikit sedih, kerana adinda saya tidak dapat pulang kerana katanya menjaga samudera raya.. huhuhu.... dia menangis sahaja, penuh Laut China Selatan tu! Kasihan tak dapat rasa rendang ibu yang mantap lagi melazatkan! Alhamdulillah, kesempatan menziarah kami ambil untuk menjenguk ahli keluarga yang masih ada... menyingkap kenangan waktu dulu... mengukuh ukhuwah... namun adakala bila hati dah tersentuh.. apa boleh buat, benda dah terjadi... maafkanlah keterlanjuran si empunya badan.. bisalah, gaduh adik-beradik... eeerrrrmmmmmmmmmmmm........... harap-harap perselisihan faham tidak berpanjangan... selagi dia masih ada lagi bersama-sama kita.. maafkanlah....

Kasih sayang saya yang berterusan untuk semua ahli keluarga, walau di mana anda berada.... Ayah, Ibu, Adinda-adindaku, Bonda-bonda Saudaraku, Ayahanda-ayahanda Saudaraku, Sepupu-sepupuku, Anak-anak Buah ku, Adik-adik Ipar ku... Dan semuanyalah.... Semoga kalian terus dirahmati Allah, sihat sejahtera, dijauhi dari segala bala bencana, dihapuskan segala dosa, ditambah kasih sayang... Moga kita bertemu lagi di Syawal tahun-tahun akan datang... amin...

Sunday, July 24, 2011

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan..

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan..
Assalamualaikum..pembaca blog yang budiman.....
Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa, kita dipertemukan lagi hari ini...
Tidak lama lagi, seminggu jaraknya kita dengan pertemuan semula Bulan Ramadhan... Bulan penuh maghfirah.. penuh barakah... Moga-moga Ramadhan kita semua tahun ini penuh dengan keberkatan dan diberi kesihatan untuk mengerjakan ibadah puasa serta dapat berterawih...
Teringat sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja..seronok berterawih! Sekarang seronok juga, cuma saya lebih banyak berterawih di rumah, almaklum, anak-anak masih kecil....macam-macam kerenahnya. Insya Allah, kalau diberi keizinan, sampai juga ke mana-mana masjid untuk beribadah bersama..
Terasa cepatnya masa berlalu, dah nak puasa... lepas puasa, dah raya pulak... Macam mana pulak la persiapan Hari Raya tahun ini ya..... Tema warna?... hehehe
Eh dah ke Syawal pulak saya ni....
Mulai esok, saya dan rakan sekerja En Ali akan ke Tiram Indah Village untuk menjadi Urusetia dan Kem Komandan Program Jati Diri Peringkat Daerah Pasir Gudang... Hari Khamis baru habis... huhuhu... Macam-macam aktiviti sebelum Ramadhan.. jadi bulan Ramadhan bolehla rehat dari sebarang aktiviti berat., Insya Allah...

Ok lah, dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah dan tersilap di mana-mana.. saya ni kan beriya!.. Ampun kan lah segala kesalahan, halalkan segala pemberian... Semoga Ramadhan anda dan kita semua meriah, barakah, indah, seadanya...Insya Allah, jemput datang beraya ke rumah, bawa cingpau(sebab sampul warna hijau, maka cing- hijau) dan kuih sendiri..

Thursday, July 7, 2011

Takkan tak boleh nak tolak ansur...

Assalamualaikum...
Apa khabar pengunjung setia blog saya..
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca catatan saya..
Kali ni saya nak berkongsi tentang kisah 'tolak ansur'......



Kita akan bertambah hormat dengan orang lain jika mereka mengamalkan sikap bertolak ansur...

Ada suatu ketika, ada seorang hamba Allah, selalu parkir kereta, betul-betul depan pagar rumah saya... Sehingga menyusahkan saya nak keluar atau nak masuk ke garaj rumah.. Kejadian ini berulang kali berlaku, sehinggakan saya dan suami seperti dah geram sangat dah..
Saya kata pada suami, kalau petang ni dia buat lagi, saya nak buat aduan kepada pihak berkuasa, biar kereta dia kena tarik, biar polis yang 'sekolah'kan dia. Tapi dia selalu terlepas.. saya masih boleh bersabar.. yang saya peliknya, dia tu, tak pernah turun minta maaf, atau dengan erti kata lain sebagai orang Melayu yang penuh budi bahasa, akan sentiasa menghormati hak dan hati orang lain.. saya tahula itu jalan awam, lebih-lebih lagi rumah saya berhadapan dengan sekolah, tapi tak patutlah parkir betul-betul depan pagar rumah saya, sehingga saya tak boleh nak masuk atau nak keluar dari rumah saya! Bukannya tak ada tempat lain.. entahla.. berkenan dengan pagar rumah saya tu kot...?
Entahla... sekarang dia masih parkir di hadapan rumah saya, (tanpa ada perasaan malua atau segan) cuma saya ada ruang nak masuk... Terima kasihla banyak-banyak... tapi saya dan suami pun tak kuasa nak tegur sapa.. bukan apa, entahla.. kadang-kadang manusia ni mempunyai akal budi yang sangat berbeza dengan akal budi kita... kalau silap cakap, bimbang bergaduh besar pula.. lagipun sekarang dia dah berubah kan?... harap-harapnya berpanjangan.. saya nak tunggu 'Hari Terbuka' sekolah menengah sebelah tu... sebab selalunya, dia akan tetap parkir depan rumah saya, tanpa rasa bersalah, walaupun saya ada di luar rumah, siram-siram pokok bunga ke.. No Manners!..

Moralnya, bersama-samalah kita bertolak ansur dan menghormati hak serta perasaan orang lain... Jangan mata sahaja celik, tapi hati buta, jiwa lara...
Semoga anda lebih beriya dan berjaya!

Tuesday, June 28, 2011

Salam Penuh Kasih dan Sayang....

Assalamualaikum.... salam sejahtera, salam 1 Malaysia...
Apa khabar anda semua?... dah lama tak mencoret dalam blog kesayangan saya ni.. almaklumlah... sibuk memanjang...
Hari ini, menunggu kehadiran pemantau dari JPNJ, sempat menoleh blog..

Cikgu nak kongsi cerita tentang pengagihan netbook 1Malaysia baru-baru ini.. aduhai.. banyak betul dugaannya! Bukan senag nak pilih-pilih siapa yang layak, siapa yang tidak.. kalau ikutkan saya, nak bagi pada semua.. tapi apakan daya, hanya 115 sahaja yang layak.. banyak pula prosedurnya... dah pilih, dah tanya, dah tenung, dah renung, dah mesyuarat, dah sahih, barulah dapat edarkan... tapi itulah cabarannya, masih ada yang 'tak puas hati'.. entahlah... hanya Allah sahaja yang mengetahui mengapa dan kenapa... kan kan kan?....
Kami sebagai GBK hanya menurut perintah.. Kalau ada salah dan silap di mana-mana, mohon maaf la... tak sengaja.. oklah jumpa lagi di lain masa....
amalkan 5 S setiap masa....

Tuesday, June 21, 2011

Dalam kesibukan, masihkah ada peluang untuk memperbaiki diri...?

Assalamualaikum...
dah lama tak menulis, belum ada kesempatan yang panjang.. mencuri-curi masa, rasa macam pencuri...

Semoga masih ada peluang memperbaiki diri dan belajar sesuatu..Jumpa lagi,
Jaga diri...

Tuesday, May 31, 2011

Pengalaman lama yang baru...

Assalamualaikum...
Hehehehe..cuti-cuti Malaysia?.. Alahai..ke manalah destinasi tujuan anda kali ini ya?... Saya seperti biasa akan memperuntukkan masa untuk menjangah ibu bapa dan ibu bapa mertua di kampung.. Mengubat rindu...Menambah pilu... yela nanti nak balik ke Pasir Gudang semula, masa tulah suasana pilu... dengar sedu-sedan ibu saya bila berpisah dengan cucu-cucunya...

Malam tadi, tengah malam jam 12.30 pagi sampai ke Pasir Gudang semula, menaiki bas berdua sahaja bersama suami tercinta..Mak aaiii!!! laju betul bas dipandu, kecut perut dibuatnya! Alhamdulillah, selamat sampai...Untuk suamiku, maafla kalau genggaman sedikit mencengkam setiap kali terasa ngeri dengan kelajuan bas...Kata suami, "..mana ada laju..." hehehehe....

Pagi-pagi tak larat nak bangun walaupun dah janji nak ke sekolah waktu pagi... akhirnya suami sahaja ke tempat kerja... "Tengahari saya jemput..kita lunch sama-sama" katanya. hehehe..oklah tu..ada masa saya nak menggeliat dan mengemas rumah...

Oleh kerana kereta kesayanganku alphard aka myvi ditinggalkan di kampung atas dasar penjimatan, makanya kalau nak g jalan-jalan, terpaksalah membonceng motor suami.. hehehehe.....

Tiba masanya, aduhai..pengalaman naik motor ke tempat kerja.. dah lama tak membonceng motor suami ke tempat kerja.. selalunya bersiar-siar sekitar rumah sahaja.. tadi, lain benar rasanya... Seronok, teruja...! Terima kasih kepada motor Elite suamiku yang berupaya menahan bebanan! hahahah..Harap-harap tak tercabut mana-mana skru! Teringat zaman mula-mula sampai di Pasir Gudang, memang kami mempunyai motor sahaja..RXZ je... pergi mana-mana dengan perut sarat mengandungkan si Ikmal, pergi membeli-belah naik Z sahajalah... aduhai..aduhai...syukurlah keadaan dah jauh berbeza.. anak pun dah tiga..kan..?.. oh..bila nak tambah?.. entahla.. dah order tapi belum dapat.. tunggu lah ya.. (ye la tuh!...)

Ok lah.. jaga diri... masih banyak lagi kerja nak dibuat..tapo post dulu diblog.. dah lama tak menulis.. nanti ada orang rindu pulak.. hehehe..
Salam dari bumi bertuah....

Thursday, May 19, 2011

MOTIVASI

Kenapa kita perlukan motivasi? kerana kita perlukan kekuatan untuk mencapai segala cita-cita ... kita mahu semua yang kita hajatkan tercapai.. kita mahu apa yang kita minta dari individu mahupun dari Yang Maha Pencipta, kita perolehi..

Apa itu Motivasi? Perkataan tu memang mudah nak sebut, nak ucap.. tapi dari mana, bagaimana nak dapat motivasi?... 'Cikgu cakap senanglah...' selalu pelajar akan cakap begitu... memanglah.. Diri sendiri yang kena realisasikan.. antara tip untuk jadikan Impian satu kenyataan...

1. Niat - Niat lah berbuat sesuatu itu untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata... kerana redha Allah lah yang paling utama... bukan kerana wang ringgit, kerana pangkat, kerana nama... Niat kita mahukan sesuatu untuk beribadah kepada Allah... Niat yang baik akan diberi pahala..Insya Allah..

2. Bayangkan- Bayangkan dengan mata terpejam, apa yang anda mahukan itu sudahpun anda miliki... rasakan kenikmatannya... Syukuri segala pemberian Illahi... Bayangkan ... bayangkan.. kalau anda inginkan sebuah kereta yang paling canggih katakan... cuba bayangkan anda berada di dalam kereta tersebut, pergi bersiar-siar.. aduhai.. seronokkan?....

3. Matlamat - Tetapkan matlamat.. Matlamat jangka pendek atau jangkan panjang.. anda sudah tahu matlamat kerana anda sudah pu membayangkannya... Tulis lah matlamat anda dengan jelas.. Kalau ada gambar, buatlah satu tempat khas untuk meletakkan gambar-gambar itu.. sebagai contoh, gambar kereta idaman, rumah idaman, jam idaman, jejaka idaman, sebagainya lah... letakkan di tempat yang anda mudah lihat.... bukankah ini akan meningkatkan motivasi..?

4. Positif - Sentiasa POSITIF!... Kalau ada kata-kata negatif, itu bukan motivasi namanya.. itu pembunuh semangat! kena sentiasa POSITIF! Aura dan mesej ini akan diserap oleh alam semulajadi.. ingat, ada gelombang dari minda kita yang menghantar mesej... alam akan menyerap.. Bersikap POSITIF amat penting kerana orang sekeliling kan dapat rasa semangat kita... Kalau kita sentiasa POSITIF, orang dan benda-benda sekitar kita pun akan turut positif! Tak percaya? tak percaya tidak bermakna anda perlu buang semuanya dari kotak minda anda... teruskan positif!

5. Restu - Untuk berjaya, kita mesti mendapat restu dari ibu bapa, suami/isteri, keluarga, guru-guru, rakan-rakan, tidak lupa jiran sekeliling kita... Jika kita buat perkara yang tidak direstui, maka segala usaha kita kan menjadi lebih sukar kerana semua pihak tidak memberi sokongan.. jika anda hendak mendapat restu, berterus teranglah akan impian dan usaha anda itu.. mana tahu, ada pihak yang akan memudahkannya!

5. Rancang - Rancangan yang baik perlu untuk mengarahkan kita dengan strategi yang betul.. Bila, bagaimana, di mana, siapa.. antara soalan yang perlu kita fikirkan.. jika anda buntu, teruskan bersikap POSITIF.. Insya Allah, Allah akan tunjukkan jalan... Ingat, Terus POSITIF!..

6. Laksanakan- Laksanakan mana-mana ilham yang anda fikir boleh membantu anda.. laksanakan! Kalau anda seorang pelajar, buat latihan, jumpa guru, buat nota, buat peta minda, buat lakonan, buatlah segala yang dapat membantu.. ingat, anda buat, anda dapat..kata Datuk Bahiyah..

7. Tekad- Bertekad, berazam... kalau nak, tentu akan usaha walau apa pun rintangannya kan?....... Bertekadlah! Positif!

8. Syukur - Perkara yang terakhir tetapi yang paling UTAMA... Bersyukur..dengan apa yang ada... Ada sebuah kisah, individu ini menggunakan sebiji batu dan dipanggil ' gratitude stone'.. apabila dia menyentuh batu itu yang diletakkan di dalam koceknya, dia akan bersyukur... natijahnya, hidupnya berubah menjadi lebih bahagia, lebih bermakna.. Ingatlah.. Bersyukur....

Ok....... Selamat mencuba... Terus bermotivasi...Terus Positif...
Semoga anda menjadi lebih Beria dan Berjaya!

Sambutan Hari Guru SMK Pasir Gudang 2011






Assalamualaikum!
Sihat tak?
Alhamdulillah sihat ya?
Beria tak?.. wuuuhhuuu soalan tu....

Ok nak selitkan sedikit kisah Hari Guru...
Semenjak Positif ni kan.. heheheheeh
Terima Kasih, Syukran, Shesheni, Nandri, Thank You, dan yang semakna dengannya,
kepada semua pihak terutamanya kepada : PIBG, Pn Hjh Saleha Wahab, Pn Hawa, Pengawas, KEBIRUS, Koperasi, PSS, PRS, semua pelajar yang membuat persembahan, pemain genderang penyambut guru-guru dan semua pihak yang memberi ucapan melalui facebook mahupun melalui sms...
Alhamdulillah! Syukur!
Semoga ukhuwah sentiasa terjalin, kebahagiaan menjadi milik kita, di dunia dan juga di akhirat..
Semoga saya menjadi guru yang diredhai Allah, dikasih dan disenangi semua orang...

Arigato...
Terima kasih!

Monday, May 9, 2011

Komplen?....

Assalamualaikum...
Alamak!... entahla?...
Jawapan kepada aduan beberapa pihak yang serba tak menyokong aktiviti terutamanya Kem Kepimpinan Pengawas SMK Pasir Gudang, baru-baru ini... alahai....

Walau apapun, kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati..
Macam nilah, kalau hendak melihat anak sendiri berdikari, berjaya, mengenang budi, jangan sesekali, di depan anak membela mereka, jika jelas lagi bersuluh anak itu salah. walaupun anak tak salah, janganlah terlalu ego sangat sampai nak mencari kesalahan guru, nak menegangkan apa-apa yang tak tegak. Kelak, akan membinasakan diri sendiri. Remaja akan belajar bahawa, guru boleh dicabar, guru tak betul, guru boleh dimarah, boleh dikomplen.. tak mengapalah, kalau tak boleh sangat nak mengalah... kami pihak guru akan mengalah, kerana yang akan kalah bukannya kami, tetapi individu yang terus-menerus tak memahami kehendak pendidikan.. bukan senang nak jadi guru ni .. Ingatlah, sekali anda mengenepikan perasaan guru, atau anda seolah-olah nak memenangkan diri anda, silakan...Dah banyak kes dah... ibu bapa yang mulanya membela anak atas apa-apa jua kes, akhirnya akan menangis kerana diperlakukan oleh anak yang ditatang itu tadi.. Percayalah, (bukan berniat nak mendoakan yang buruk-buruk, tapi natijahnya, Allah itu Maha Kaya, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Mengasihani..) Kami para guru sepakat, seia sekata akan menjalankan tugas kami semampu yang boleh.. kami pun manusia biasa juga... biasalah kalau buat silap sana sini.. alah beralah lah.. janganlah sampai nak menang sangat....ingat, dunia ni bukan milik kita seorang.. ada masa kita akan minta bantuan orang lain juga nanti...
Apapun, yang busuk jangan disimpan...Berfikirlah mengikut kata akal, bukan mengikut kata hati.. janganlah buat konklusi sendiri dengan membuat andaian semata-mata... Kalau rasa kami ni tak pandai nak ajar anak anda, terpulanglah...cikgu pun ada perasaan juga.... Saya menulis kerana merasa terpanggil untuk menulis, ini pendapat peribadi saya sendiri.. Benda dah jadi.. janganlah dipanjang-panjangkan lagi... sudah-sudah le mancari salah cikgu....
Kepada semua rakan-rakan guru, jadikanlah kritikan, hinaan, celaan, anggapan buruk, komplen, aduan tidak membina sebagai pengajaran.. ada hikmah di sebalik semua ini. Allah menguji kita, buatlah yang terbaik, buangkan yang buruk.. Memang, keburukan kita hanya musuh sahaja yang nampak... Bersyukur kita masih ada yang menegur... Wallahua'lam..

Friday, May 6, 2011

SELAMAT HARI IBU...




Assalamualaikum... Selamat menyambut Hari Ibu buat Bonda Tercinta, Puan Hjh Halimah Binti Buyong....
Juga buat Bonda mertua, Puan Hjh Ngah Tinah, tak lupa buat nenda, Hjh Ramlah dan semua ibu saudaraku yang telah banyak memberi inspirasi, ilmu, pengalaman, didikan dunia dan akhirat, belaian kasih sayang, tunjuk ajar, dorongan dan sebagainya... Bantuan dari segi rohani, emosi dan kebendaan... Segala yang terbaik darimu, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Ampunkan segala dosa, halalkan makan minum... Semoga bonda semua di dalam lindungan rahmat Allah, sentiasa dalam keberkatanNya.. Kepada arwah Nenda Hjh Harum Binti Sood, semoga rohmu berada dalam kalangan hamba Allah yang dirahmati dan mendapat tempat yang mulia di sisiNya. Bila jauh di rantau orang, rasa rindu sangat menebal..Insya Allah, cuti sekolah nanti, kami akan pulang ke kampung halaman, Ipoh dan gombak.. dapatlah bermanja-manja... kepada Ibu, kakak sayang ibu, terima kasih atas pengorbanan ibu selama ini, yang terbaik!
Kepada Ibu mertua, terima kasih kerana tak jemu-jemu menyayangi kami, kami anak-anak mu, suami isteri amat menyayangi mu...
Ya Allah, berkati hidup insan-insan yang bernama ibu, jadikanlah mereka hambaMu yang soleh, janganlah KAun uji mereka dengan ujian yang tidak boleh mereka tanggung. Ya Allah, lindungilah mereka dunia dan akhirat...

Kepada anak-anak mummy, be the best!

Hari-hari yang menghiburkan...



Assalamualaikum.... Hari Sabtu, hari ganti cuti Deepavali... Kerja, kerja, kerja.. hari ni ramai juga yang datang tanya... Zila kenapa dah lama tak bagi Motivasi?.. eemmmmm....Tahniah dan terima kasih kepada yang prihatin...saya yakin saya ni masih disayangi... Tak ada apa-apalah..cuma nak mencari kekuatan diri, memotivasi diri sebelum memberi motivasi kepada orang lain.. sejak akhir-akhir ini saya banyak menerima 'cas-cas' negatif dari persekitaran saya, jadi perlu bagi saya mencari cas-cas positif semula... Mungkin selepas Hari Guru saya akan bermula semula... Harap-harap Allah membantu saya dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai pendidik ni... Entahla ya...
Ok la.. terima kasih kepada yang sudi mendekati, menasihati, meyokong, menegur diri ini... Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik kalian...

Thursday, May 5, 2011

Aku Ada Kamu!!!!



Lirik Lagu Ku Ada Kamu - Adira AF8

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Ku Ada Kamu - Adira AF8 Lirik




Harap-haraplah ada pelajar yang dedicate lagu ni untuk saya masa hari guru nanti... hahahahaahahah! Yang Ado!