Assalamualaikum...
Apa Khabar semua?.. Cikgu harap semua sihat, luar biasa hebat!
Cikgu macam biasa sahaja, beriya dan sihat sokmo kata orang Terengganu...
Hari ini, ada berita mengejutkan.. SMK Pasir Gudang diceroboh masuk... alahai.. apala yang mereka cari di dalam sekolah ini?... tak ada kegiatan lain yang lebih berfaedah kah untuk dibuat?... Tak tahu lagi apa yang hilang, tapi dengarnya bilik yang dipecah masuk ialah pejabat dan bilik disiplin... Apa?!!! Nak cari apa kat dalam bilik disiplin?... Rekod disiplin?.. Kalau curi pun tak ada maknanya sebab tiap-tiap bulan data disiplin dimasukkan ke dalam Sistem SSDUM...
Nak cari handphone yang dirampas?... laa.... takkan tak tahu.. telefon bimbit yang dirampas semuanya di simpan dalan bilik kebal.. BILIK KEBAL... kalau rasa dah pandai sangat nak pecah masuk bilik kebal, baiklah berlakon cerita LEVERAGE ka, CSI ka, daripada duk buat kerja sia-sia..
Harap-harap si penyangak yang buat kerja ni akan dapat hidayah dan tak buat lagi kerja-kerja terkutuk ni... Nauzubillah...
Kalau nak tahu bilik kebal di mana... yang itu rahsia.. sebab lokasinya sangatlah rumit lagi merumitkan.. di SMKPasir Gudang ada banyak bilik kebal.. jenuh pulakla nak tahu yang mana satu.... Ok La...
hari ni juga khabarnya air tak ada... kasihan pelajar-pelajar cikgu yang nak ke tandas tu... itu satu hal.. nanti kalau sebelah petang pulak lagi haru.. pelajar-pelajar nak ke surau nak bersembahyang, kalau tak ada air,... susah la pulak... Harap-harap Allah permudahkan urusan hari ini...Amin...
Itulah dugaan hari ini... oh ya, cikgu pelak tertinggal H/P di rumah... kasihan la sesiapa yang telefon cikgu, tapi tak ada jawapan.. alahai-alahai.... H/P lagi satu pulak tak ada bateri..dah 2 hari tak reti-reti nak charge!! ..
Ok Lah... sampai di sini dahulu... esok, trip to Melaka.. We are visiting ALAM and MFA... what a journey tomorrow!.. Semoga semua berjalan lancar, dipermudahkan oleh Allah perjalanan dan urusan kami....Amin..Insya Allah...
Jaga diri, hiasi peribadi, kotakan janji, realisasi misi, sentiasa berbudi!
ce cerita... ce cerita..
ReplyDelete