Assalamulaikum...
Apa Khabar semua?.. cikgu harap semuanya sihat..
Alhamdulillah, cikgu dan keluarga pun sihat...
Cikgu ada cerita nak dikongsi bersama dengan pembaca blog cikgu yang setia....
Pada hujung minggu yang lepas, cikgu sekeluarga tak kemana-mana, hanya santai-santai di rumah,
mengemas mana yang dah berhabuk, megganti mana yang dah lama tergantung..(langsir)..
Satu senja, cikgu dipanggil oleh seorang ibu tua yang cikgu anggarkan berumur dalam 70an..
Meminta bantuan cikgu jerana anaknya kononnya tak pedulikannya lagi..
Cikgu pun apa lagi.. gelabah lah...
Alamak macam mana ni?....
Tiba-tiba, keluarlah pula si anak yang mengatakan.. "cikgu jangan masuk campur ini hal ya.. ini hal kami sekeluarga.. orang tua ini sangat busuk hati, mulut pun banyak jahat...'...templak si anak..
Si ibu tua dah menangis teresak-esak.. alahai.. serba salah dan gementar juga lah kan...
Cikgupun berkata pada si ibu tua,..'makcik, makcik masuk dalam dulu, bincang elok-elok ya... tak baiklah macam ni..'
Anaknya menyambung..'biarlah dia cikgu, dia yang kemas baju dan nak keluar sendiri.. dia yang nak pergi kan.."
Aduhai.... kasihannya.. apalah dosa si ibu ya?
Sampainya hati... Si ibu tua ini pernah bercerita pada saya tentang keperitan dan kesukaran yang dihadapinya membesarkan anak-anak (seingat saya 5 orang) selepas kematian suaminya di usia muda... kasihan betul.. macam-macam kerja dilakukannya untuk membesarkan anak-anaknya...
bila dia bercerita tu, selalu dia menangis.. bukanlah nak minta simpati saya, tapi nak mengadu nasib katanya..
Betullah kata pepatah lama.. ibu seorang boleh menjaga, membesar, mendidik 10 orang anak, tetapi 10 orang anak, belum tentu dapat menjaga seorang ibu... alahai..alahai....
Bimbangnya..macam manalah saya di waktu tua nanti....
Moral cerita... apa dia?... Sayangilah kedua ibu bapa kita sewaktu mereka masih hidup, dan sedekahkanlah alfatihah sebanyak mungkin buat mereka jika telah kembali ke rahmatullah...
Kasihan saya melihat ibu tua..saya dan suami pun hanya mampu berdoa dan kadangkala melayan cerita ibu tua itu untuk mengurangkan bebanan yang ditanggungya.. maklumlah, kami pun anak rantau, sesekali dapat berbakti kepada orang tua, rasa terhibur juga hati yang rindukan saudara mara di kampung sana....
Ok lah... jumpa lagi nanti...
Jaga diri, tingkatkan prestasi, muhasabah diri, ...
No comments:
Post a Comment