MESTI YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI!
KERANA DENGAN KEYAKINAN, USAHA ANDA AKAN BERGANDA!!!

Sunday, July 24, 2011

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan..

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan..
Assalamualaikum..pembaca blog yang budiman.....
Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa, kita dipertemukan lagi hari ini...
Tidak lama lagi, seminggu jaraknya kita dengan pertemuan semula Bulan Ramadhan... Bulan penuh maghfirah.. penuh barakah... Moga-moga Ramadhan kita semua tahun ini penuh dengan keberkatan dan diberi kesihatan untuk mengerjakan ibadah puasa serta dapat berterawih...
Teringat sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja..seronok berterawih! Sekarang seronok juga, cuma saya lebih banyak berterawih di rumah, almaklum, anak-anak masih kecil....macam-macam kerenahnya. Insya Allah, kalau diberi keizinan, sampai juga ke mana-mana masjid untuk beribadah bersama..
Terasa cepatnya masa berlalu, dah nak puasa... lepas puasa, dah raya pulak... Macam mana pulak la persiapan Hari Raya tahun ini ya..... Tema warna?... hehehe
Eh dah ke Syawal pulak saya ni....
Mulai esok, saya dan rakan sekerja En Ali akan ke Tiram Indah Village untuk menjadi Urusetia dan Kem Komandan Program Jati Diri Peringkat Daerah Pasir Gudang... Hari Khamis baru habis... huhuhu... Macam-macam aktiviti sebelum Ramadhan.. jadi bulan Ramadhan bolehla rehat dari sebarang aktiviti berat., Insya Allah...

Ok lah, dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah dan tersilap di mana-mana.. saya ni kan beriya!.. Ampun kan lah segala kesalahan, halalkan segala pemberian... Semoga Ramadhan anda dan kita semua meriah, barakah, indah, seadanya...Insya Allah, jemput datang beraya ke rumah, bawa cingpau(sebab sampul warna hijau, maka cing- hijau) dan kuih sendiri..

Thursday, July 7, 2011

Takkan tak boleh nak tolak ansur...

Assalamualaikum...
Apa khabar pengunjung setia blog saya..
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca catatan saya..
Kali ni saya nak berkongsi tentang kisah 'tolak ansur'......



Kita akan bertambah hormat dengan orang lain jika mereka mengamalkan sikap bertolak ansur...

Ada suatu ketika, ada seorang hamba Allah, selalu parkir kereta, betul-betul depan pagar rumah saya... Sehingga menyusahkan saya nak keluar atau nak masuk ke garaj rumah.. Kejadian ini berulang kali berlaku, sehinggakan saya dan suami seperti dah geram sangat dah..
Saya kata pada suami, kalau petang ni dia buat lagi, saya nak buat aduan kepada pihak berkuasa, biar kereta dia kena tarik, biar polis yang 'sekolah'kan dia. Tapi dia selalu terlepas.. saya masih boleh bersabar.. yang saya peliknya, dia tu, tak pernah turun minta maaf, atau dengan erti kata lain sebagai orang Melayu yang penuh budi bahasa, akan sentiasa menghormati hak dan hati orang lain.. saya tahula itu jalan awam, lebih-lebih lagi rumah saya berhadapan dengan sekolah, tapi tak patutlah parkir betul-betul depan pagar rumah saya, sehingga saya tak boleh nak masuk atau nak keluar dari rumah saya! Bukannya tak ada tempat lain.. entahla.. berkenan dengan pagar rumah saya tu kot...?
Entahla... sekarang dia masih parkir di hadapan rumah saya, (tanpa ada perasaan malua atau segan) cuma saya ada ruang nak masuk... Terima kasihla banyak-banyak... tapi saya dan suami pun tak kuasa nak tegur sapa.. bukan apa, entahla.. kadang-kadang manusia ni mempunyai akal budi yang sangat berbeza dengan akal budi kita... kalau silap cakap, bimbang bergaduh besar pula.. lagipun sekarang dia dah berubah kan?... harap-harapnya berpanjangan.. saya nak tunggu 'Hari Terbuka' sekolah menengah sebelah tu... sebab selalunya, dia akan tetap parkir depan rumah saya, tanpa rasa bersalah, walaupun saya ada di luar rumah, siram-siram pokok bunga ke.. No Manners!..

Moralnya, bersama-samalah kita bertolak ansur dan menghormati hak serta perasaan orang lain... Jangan mata sahaja celik, tapi hati buta, jiwa lara...
Semoga anda lebih beriya dan berjaya!

Tuesday, June 28, 2011

Salam Penuh Kasih dan Sayang....

Assalamualaikum.... salam sejahtera, salam 1 Malaysia...
Apa khabar anda semua?... dah lama tak mencoret dalam blog kesayangan saya ni.. almaklumlah... sibuk memanjang...
Hari ini, menunggu kehadiran pemantau dari JPNJ, sempat menoleh blog..

Cikgu nak kongsi cerita tentang pengagihan netbook 1Malaysia baru-baru ini.. aduhai.. banyak betul dugaannya! Bukan senag nak pilih-pilih siapa yang layak, siapa yang tidak.. kalau ikutkan saya, nak bagi pada semua.. tapi apakan daya, hanya 115 sahaja yang layak.. banyak pula prosedurnya... dah pilih, dah tanya, dah tenung, dah renung, dah mesyuarat, dah sahih, barulah dapat edarkan... tapi itulah cabarannya, masih ada yang 'tak puas hati'.. entahlah... hanya Allah sahaja yang mengetahui mengapa dan kenapa... kan kan kan?....
Kami sebagai GBK hanya menurut perintah.. Kalau ada salah dan silap di mana-mana, mohon maaf la... tak sengaja.. oklah jumpa lagi di lain masa....
amalkan 5 S setiap masa....

Tuesday, June 21, 2011

Dalam kesibukan, masihkah ada peluang untuk memperbaiki diri...?

Assalamualaikum...
dah lama tak menulis, belum ada kesempatan yang panjang.. mencuri-curi masa, rasa macam pencuri...

Semoga masih ada peluang memperbaiki diri dan belajar sesuatu..Jumpa lagi,
Jaga diri...

Tuesday, May 31, 2011

Pengalaman lama yang baru...

Assalamualaikum...
Hehehehe..cuti-cuti Malaysia?.. Alahai..ke manalah destinasi tujuan anda kali ini ya?... Saya seperti biasa akan memperuntukkan masa untuk menjangah ibu bapa dan ibu bapa mertua di kampung.. Mengubat rindu...Menambah pilu... yela nanti nak balik ke Pasir Gudang semula, masa tulah suasana pilu... dengar sedu-sedan ibu saya bila berpisah dengan cucu-cucunya...

Malam tadi, tengah malam jam 12.30 pagi sampai ke Pasir Gudang semula, menaiki bas berdua sahaja bersama suami tercinta..Mak aaiii!!! laju betul bas dipandu, kecut perut dibuatnya! Alhamdulillah, selamat sampai...Untuk suamiku, maafla kalau genggaman sedikit mencengkam setiap kali terasa ngeri dengan kelajuan bas...Kata suami, "..mana ada laju..." hehehehe....

Pagi-pagi tak larat nak bangun walaupun dah janji nak ke sekolah waktu pagi... akhirnya suami sahaja ke tempat kerja... "Tengahari saya jemput..kita lunch sama-sama" katanya. hehehe..oklah tu..ada masa saya nak menggeliat dan mengemas rumah...

Oleh kerana kereta kesayanganku alphard aka myvi ditinggalkan di kampung atas dasar penjimatan, makanya kalau nak g jalan-jalan, terpaksalah membonceng motor suami.. hehehehe.....

Tiba masanya, aduhai..pengalaman naik motor ke tempat kerja.. dah lama tak membonceng motor suami ke tempat kerja.. selalunya bersiar-siar sekitar rumah sahaja.. tadi, lain benar rasanya... Seronok, teruja...! Terima kasih kepada motor Elite suamiku yang berupaya menahan bebanan! hahahah..Harap-harap tak tercabut mana-mana skru! Teringat zaman mula-mula sampai di Pasir Gudang, memang kami mempunyai motor sahaja..RXZ je... pergi mana-mana dengan perut sarat mengandungkan si Ikmal, pergi membeli-belah naik Z sahajalah... aduhai..aduhai...syukurlah keadaan dah jauh berbeza.. anak pun dah tiga..kan..?.. oh..bila nak tambah?.. entahla.. dah order tapi belum dapat.. tunggu lah ya.. (ye la tuh!...)

Ok lah.. jaga diri... masih banyak lagi kerja nak dibuat..tapo post dulu diblog.. dah lama tak menulis.. nanti ada orang rindu pulak.. hehehe..
Salam dari bumi bertuah....

Thursday, May 19, 2011

MOTIVASI

Kenapa kita perlukan motivasi? kerana kita perlukan kekuatan untuk mencapai segala cita-cita ... kita mahu semua yang kita hajatkan tercapai.. kita mahu apa yang kita minta dari individu mahupun dari Yang Maha Pencipta, kita perolehi..

Apa itu Motivasi? Perkataan tu memang mudah nak sebut, nak ucap.. tapi dari mana, bagaimana nak dapat motivasi?... 'Cikgu cakap senanglah...' selalu pelajar akan cakap begitu... memanglah.. Diri sendiri yang kena realisasikan.. antara tip untuk jadikan Impian satu kenyataan...

1. Niat - Niat lah berbuat sesuatu itu untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata... kerana redha Allah lah yang paling utama... bukan kerana wang ringgit, kerana pangkat, kerana nama... Niat kita mahukan sesuatu untuk beribadah kepada Allah... Niat yang baik akan diberi pahala..Insya Allah..

2. Bayangkan- Bayangkan dengan mata terpejam, apa yang anda mahukan itu sudahpun anda miliki... rasakan kenikmatannya... Syukuri segala pemberian Illahi... Bayangkan ... bayangkan.. kalau anda inginkan sebuah kereta yang paling canggih katakan... cuba bayangkan anda berada di dalam kereta tersebut, pergi bersiar-siar.. aduhai.. seronokkan?....

3. Matlamat - Tetapkan matlamat.. Matlamat jangka pendek atau jangkan panjang.. anda sudah tahu matlamat kerana anda sudah pu membayangkannya... Tulis lah matlamat anda dengan jelas.. Kalau ada gambar, buatlah satu tempat khas untuk meletakkan gambar-gambar itu.. sebagai contoh, gambar kereta idaman, rumah idaman, jam idaman, jejaka idaman, sebagainya lah... letakkan di tempat yang anda mudah lihat.... bukankah ini akan meningkatkan motivasi..?

4. Positif - Sentiasa POSITIF!... Kalau ada kata-kata negatif, itu bukan motivasi namanya.. itu pembunuh semangat! kena sentiasa POSITIF! Aura dan mesej ini akan diserap oleh alam semulajadi.. ingat, ada gelombang dari minda kita yang menghantar mesej... alam akan menyerap.. Bersikap POSITIF amat penting kerana orang sekeliling kan dapat rasa semangat kita... Kalau kita sentiasa POSITIF, orang dan benda-benda sekitar kita pun akan turut positif! Tak percaya? tak percaya tidak bermakna anda perlu buang semuanya dari kotak minda anda... teruskan positif!

5. Restu - Untuk berjaya, kita mesti mendapat restu dari ibu bapa, suami/isteri, keluarga, guru-guru, rakan-rakan, tidak lupa jiran sekeliling kita... Jika kita buat perkara yang tidak direstui, maka segala usaha kita kan menjadi lebih sukar kerana semua pihak tidak memberi sokongan.. jika anda hendak mendapat restu, berterus teranglah akan impian dan usaha anda itu.. mana tahu, ada pihak yang akan memudahkannya!

5. Rancang - Rancangan yang baik perlu untuk mengarahkan kita dengan strategi yang betul.. Bila, bagaimana, di mana, siapa.. antara soalan yang perlu kita fikirkan.. jika anda buntu, teruskan bersikap POSITIF.. Insya Allah, Allah akan tunjukkan jalan... Ingat, Terus POSITIF!..

6. Laksanakan- Laksanakan mana-mana ilham yang anda fikir boleh membantu anda.. laksanakan! Kalau anda seorang pelajar, buat latihan, jumpa guru, buat nota, buat peta minda, buat lakonan, buatlah segala yang dapat membantu.. ingat, anda buat, anda dapat..kata Datuk Bahiyah..

7. Tekad- Bertekad, berazam... kalau nak, tentu akan usaha walau apa pun rintangannya kan?....... Bertekadlah! Positif!

8. Syukur - Perkara yang terakhir tetapi yang paling UTAMA... Bersyukur..dengan apa yang ada... Ada sebuah kisah, individu ini menggunakan sebiji batu dan dipanggil ' gratitude stone'.. apabila dia menyentuh batu itu yang diletakkan di dalam koceknya, dia akan bersyukur... natijahnya, hidupnya berubah menjadi lebih bahagia, lebih bermakna.. Ingatlah.. Bersyukur....

Ok....... Selamat mencuba... Terus bermotivasi...Terus Positif...
Semoga anda menjadi lebih Beria dan Berjaya!

Sambutan Hari Guru SMK Pasir Gudang 2011






Assalamualaikum!
Sihat tak?
Alhamdulillah sihat ya?
Beria tak?.. wuuuhhuuu soalan tu....

Ok nak selitkan sedikit kisah Hari Guru...
Semenjak Positif ni kan.. heheheheeh
Terima Kasih, Syukran, Shesheni, Nandri, Thank You, dan yang semakna dengannya,
kepada semua pihak terutamanya kepada : PIBG, Pn Hjh Saleha Wahab, Pn Hawa, Pengawas, KEBIRUS, Koperasi, PSS, PRS, semua pelajar yang membuat persembahan, pemain genderang penyambut guru-guru dan semua pihak yang memberi ucapan melalui facebook mahupun melalui sms...
Alhamdulillah! Syukur!
Semoga ukhuwah sentiasa terjalin, kebahagiaan menjadi milik kita, di dunia dan juga di akhirat..
Semoga saya menjadi guru yang diredhai Allah, dikasih dan disenangi semua orang...

Arigato...
Terima kasih!