Assalamualaikum... apa khabar semua?.. Cikgu harap semuanya sihat... hari ni cikgu tak berapa sihat sangat, tapi kerana kena bertugas, datang jugak ke sekolah....
Alhamdulillah, setakat ini ok....
Anak2 di rumah pengasuh...
Nak cerita tentang cuti-cuti kami di Melaka pada hari Selasa dan Rabu lepas... 15 dan 16 Mac 2011.. Seronok, sebab pertama kali bawa anak-anak pergi melancong...
Tidur hotel.. walaupun hotel 'cikai- je.. hahahaah.. tapi satu malam harganya RM150.00... ok lah.. kerana letaknya di tengah2 bandar Bandar Hilir tu..jadi tak perlu bawa kereta kalau nak berjalan-jalan...pengalaman menarik sepanjang percutian, dapat naik 'River Cruise' meredah sungai Melaka.. dapat belajar banyak kesan peninggalan Sejarah... Suami pun seronok, kerana dapat juga menyentuh kota A Famosa!.. dah 34 tahun usia kami, inilah percutian yang indah... almaklum.,,, selalunya cuti sekolah, kami bawa anak2 balik kampung.. kali ni, oleh kerana atu sibuk di dusun jaga buah, kami ambil keputusan untuk cuti2 di Melaka pula.. selalunya kalau balik kampung, kami pergi ke KLCC lah, UP town lah, Jln TAR lah.. hehehehe.. orang KL lah katakan...
Insya Allah, bulan enam nanti balik kampung, Kl dan Ipoh... nank jalan2 kat Ipoh pulak...
Ok lah... nanti kita sambung cerita lagi..
Jaga Diri, Hiasi Peribadi..
No comments:
Post a Comment