Alhamdulillah,
segala syukur bagi Allah Yang Maha Mencipta...
Bertemu lagi kita hari ini...
Apa khabar semuanya?...
Hari ni.. seperti dalam kelegaan bila mengetahui yang slot
untuk saya sewaktu LDP (latihan Dalam Kumpulan) esok ditangguhkan..
errmmmm..
walaupun lega, namun rasa sedih pun ada..sebab dah beriya-iya nak 'present' sesuatu dengan
rakan-rakan guru..
Tapi tak mengapalah..
mungkin ada hikmahnya, Allah tangguhkan dulu rezeki nak kongsi ilmu dengan rakan-rakan...
Patutlah saya menghadapi pelbagai dugaan minggu ini, sehingga begiru sukar nak buat 'power point' untuk presentation tu nanti... rupa-rupanya, nak ditangguhkan.. tapi still nak buat juga, mana tau kena bagi juga...
Saya juga nak mengucapkan syukur sekali lagi kepada Allah dan berasa
sungguh lega kerana dikurniakan rezeki, dapat DG44... Alhamdulillah...
Rupa-rupanya ada hikmahnya saya berpindah ke SMK Pasir GUdang... Saya nak mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn Yasoda SMK Pasir Putih (tempat berkhidmat 2002-2008) kerana berusaha menyipkan dokumen kenaikan gred saya... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa beliau...
Syukur, saya panjatkan kerana Allah sentiasa memberi saya peluang dan ruang untuk berbakti kepada nusa dan bangsa....
Insya Allah, saya akan lebih tekun untuk mencari sesuap nasi, membela keluarga dan anak bangsa...
Izinkan saya pada lain kelapangan untuk berkongsi pendapat dengan anda, warga pembaca budiman, semoga kita sama-sama mendapat impak dan barakah yang positif hasil perkongsian ini...
Moga niat saya tidak disalah ertikan,
Moga kita semua di dalam Rahmat Allah sentiasa...
No comments:
Post a Comment