MESTI YAKIN PADA KEBOLEHAN DIRI SENDIRI!
KERANA DENGAN KEYAKINAN, USAHA ANDA AKAN BERGANDA!!!

Sunday, April 10, 2011






Majlis Perasmian Program KauInspirasiku dan Penyerahan Mentor-Mentee PMR 2011

Alhamdulillah, syukur dan terima kasih yang tidak terhingga ke Hadrat Allah kerana memberi peluang dan ruang kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Pasir Gudang kerana dapat sekali lagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Mentor Mentee Pelajar Cemerlang PMR 2011 dan Perasmian Program KauInspirasiku...

Terima kasih kepada barisan Pentadbir kerana menyokong penuh usaha murni Unit B&K dalam menggarap idea dan mengembeleng tenaga agar visi dan misi tercapai.

Kepada 50 orang pelajar yang terpilih, cikgu doakan agar cita-cita anda tercapai, seterusnya menempatkan SMKPasir Gudang di kedudukan yang terbaik, Insya Allah... Berusahalah, kerana tanpa usaha yang gigih dan tidak mengenal putus asa, kejayaan yang manis sukar dicapai... Doa cikgu, ibu bapa dan seluruh warga SMKPG mengiringi semua calon PMR dan SPM 2011... Remember, I'm Possible!!!!


huhuhuhuhuhu! Beriya!

Thursday, April 7, 2011

Wednesday, April 6, 2011

RIMUP Negeri Johor 2011






Simposium RIMUP Negeri Johor 2011

Alhamdulillah..dah selesai satu lagi tugas yang luar biasa sibuk, sebagai Timbalan Ketua Fasilitator... Ish ish ish.... takut betul kalau JU komplen..tapi Alhamdulillah la...dah selesai pun semuanya... Terima kasih kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana sudi menjemput saya sebagai faisilitator kali ini... Pengalaman menjadi fasilitator Peringkat Kebangsaan memang banyak membantu saya dan rakan-rakan untuk mengendalikan program.. aduhai..kenyang betul makan di Hotel Selesa!.. Sayangnya, banyak makanan yang tak sempat atau tak mampu dihabiskan.. almaklumlah... penat dan banyak sangat makanannya...

oh ya, tahu tak apa itu RIMUP?

RIMUP ialah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan....

Penting
sangat kah Perpaduan?... memang lah penting kan?. di peringkat sekolahlah kita nak menyemai rasa hormat kepada kaum lain dan individu lain... bayangkan kalau senua orang tak hormat dan saling bertolak ansur.. mesti kucar-kacirkan?.... Nauzubillah..., jadi, hormatlah orang lain, barulah orang akan hormati kita....Insya Allah... tapi kalau kita tidak dihormati, anggaplah bukan rezeki kita untuk dihormati ketika itu... bukankah setiap sesuatu itu ada hikmah dan pengajarannya?...

oklah... cikgu nak beredar dulu..jumpa lagi lain kali...
jaga diri....

Thursday, March 31, 2011

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke............................34!!!!

Alhamdulillah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki hari ini... Terima kasih kepada semua rakan-rakan terutamanya, Pn wan Yusnizan Binti Wan Hamat, Cik Kulapusanam T Muniandy, En Ali dan anak-anak PRS kerana membuat kejutan, parti harijadi hari ni... tak sempat nak upload gambar.. lain kali lah ya...

Terima kasih kepada Pn Faridah..sebab bagi hadiah coklat...sedap tu...
Terima Kasih kepada pelajar cemerlang SPM 2010 , Fatimah Hanis Binti Mohd Uzir dan Nordaniah kerana sudi datang, susah2 bawa hadiah ... hehehehe seronok seh!!!!!

Terima kasih kepada semua yang sudi hantar SMS, hantar ucapan di Face Book, hantar macam2 lah... terima kasih banyak2.......

Terima kasih yang terutama kepada Ibunda, kerana pagi-pagi dah hantar msj.. Terima kasih ibu! Yang terbaik, yang terindah.. hanya ibu ratu hati kakak...
Kepada adinda ku... thank you... I LOVE YOU TOO!!!!!!!!!!!!!!!

Tak terhingga kepada semuanya..hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...

Kepada suamiku... yang Terindah...I LOVE YOU BABY!

Kepada anak-anak ku... Mummy sayang kalian sepenuh hati...

Salam sayang dari Cikgu Norzila Othman.....

Wednesday, March 30, 2011

Taklimat Takaful Malaysia

TAKLIMAT BERSAMA TAKAFUL MALAYSIA, PN MAZNAH...
SEMOGA ANAK-ANAK MURID CIKGU TAK ADA YANG BUAT TUNTUTAN TAKAFUL YA... TAPI KALAU MENGHADAPI MUSIBAH...TERPAKSA JUGALAH...



AUDIT AKADEMIK KELAS 3 BISTARI BERSAMA PN NORZILA BINTI OTHMAN...